awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari waris kanak-kanak

Bernama
Bernama
14/07/2025
03:40 MYT
JKM cari waris kanak-kanak
JKM ingin mencari waris kanak-kanak itu untuk melancarkan proses pendaftaran sijil kelahiran bagi memudahkan pendaftaran sekolah. - Foto JKM
ALOR SETAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah beg pakaian di hadapan sebuah rumah dekat Sri Kembangan, Serdang, Selangor pada 23 Feb 2019.
Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar Natroh Ahmad berkata bayi yang diberi nama Mohd Naim Nizar itu kini dianggarkan telah berusia enam tahun.
"Bayi ini pada mulanya dijaga oleh penjaga pertama iaitu pasangan suami isteri pada 2019 di Sungai Petani. Bayi yang diletakkan di dalam beg pakaian di hadapan pintu rumah pasangan itu hanya dibalut dengan kain lusuh, masih bertali pusat, diletakkan dalam beg bertali, namun zipnya dibiarkan terbuka.
"Bagaimanapun, pasangan itu telah menyerahkan bayi berkenaan kepada pasangan suami isteri lain, yang tinggal di Kampung Selarong Lalang Kanan (di Alor Setar) pada Mac 2020," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pihaknya ingin mencari waris kanak-kanak itu untuk melancarkan proses pendaftaran sijil kelahiran bagi memudahkan pendaftaran sekolah.
"Diminta waris kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dengan segera di talian 04-720 2370," katanya.
Pada 2019, pasangan suami isteri dikenali sebagai Nur Shaidatul Dira Efendi dan Khairul Aidil Shazwan pernah mencari waris kepada seorang bayi lelaki itu, namun gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#waris bayi
#Mohd Naim Nizar
#Natroh Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan