awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari waris Siti Nur Kamariah

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2023
02:50 MYT
JKM cari waris Siti Nur Kamariah
Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Jasin sedang mengesan waris dan ibu kandung kanak-kanak dikenali sebagai Siti Nur Kamariah.
MELAKA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jasin mencari waris kepada seorang kanak-kanak perempuan dipercayai warga Indonesia berusia empat tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jasin, Mohd Faizal Mat berkata, maklumat awal yang diperoleh kanak-kanak bernama Siti Nur Kamariah Ali sebelum ini tinggal bersama seorang lelaki bujang berusia 55 tahun.
Menurutnya, maklumat lain yang diperoleh ibu kandung kanak-kanak itu dikenali sebagai Misnah berusia 40 tahun dan merupakan warga Indonesia.
"Berdasarkan kepada siasatan awal yang telah dijalankan, kanak-kanak itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
"Malah kanak-kanak ini juga tidak dapat memberikan maklumat latar belakang mahupun waris keluarga kerana masih kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Tambahnya, Siti Nur Kamariah kini ditempatkan Institusi JKM atas perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pejabat JKM daerah atau pelindung kanak-kanak di talian 06-5291285. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jkm
#Kanak-kanak
#warga Indonesia
#mencari waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan