awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM Kedah telah siap sedia bekalan makanan dan keperluan bantu mangsa banjir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/09/2022
07:34 MYT
JKM Kedah telah siap sedia bekalan makanan dan keperluan bantu mangsa banjir
Halimaton ditemui media pada Program Jelajah Prihatin Wanita Kedah 2022 di RTC Napoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
KUBANG PASU: Kerajaan Negeri Kedah bersiap sedia menghadapi sebarang risiko kemungkinan berlakunya banjir seperti ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang dijangka berlaku pada November ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Negeri, Datuk Halimaton Saadiah Saad, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah siap menyediakan bantuan bencana melibatkan barang keperluan asas, makanan kering dan barangan keperluan tambahan.
Beliau berkata, JKM juga telah bersedia dari segi kesiapsiagaan sumber manusia terdiri daripada pegawai JKM, kaunselor, pegawai psikologi, sukarelawan kaunselor dan sukelarawan JKM bagi membantu mangsa yang ditempatkan di Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Setiap penempatan sementara kita telah gazetkan di setiap daerah. Sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh JKM dan depoh bencana kita ada di Bedong.
"Yang itu kelengkapan semua telah sedia barang-barang yang mana tidak boleh guna kita sudah gantikan contoh pampers apa semua kita sudah ganti semula," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Prihatin Wanita Kedah 2022 di RTC Napoh, hari ini.
Katanya lagi, JKM juga bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan dengan melakukan beberapa persediaan awal bagi menghadapi bencana banjir.
Pada masa sama Halimaton berkata, rakyat Kedah diminta sentiasa peka terhadap perubahan cuaca, amaran atau peringatan daripada agensi berkaitan sekiranya berlaku hujan lebat atau kenaikan paras air sungai.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#jkm
#Halimaton Saadiah
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan