MANJUNG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar, dekat sini pada 25 Nov lepas.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung Nor Amelia Ali berkata pihaknya turut memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan waris bayi terbabit, yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Beliau berkata bantuan orang ramai bagi mengesan ibu dan waris bayi berusia 10 hari itu sangat penting dalam usaha JKM menjalankan siasatan bagi tujuan penempatan dan kebajikan.
"Bayi itu yang diselamatkan sepertimana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Seri Manjung dan berada dalam keadaan sihat.
"Polis telah melakukan pencarian suspek di semua klinik kesihatan sekitar Ayer Tawar, namun setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh dan kita minta kerjasama mana-mana pihak yang mengenali ibu bayi atau waris yang berkaitan supaya menghubungi JKM Manjung menerusi talian 05-6883110 dengan segera," katanya pada sidang media di sini hari ini.
JKM-BAYI 2 (AKHIR) MANJUNG
Nur Amelia berkata hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati bayi terbabit berkemungkinan berasal daripada keluarga warga tempatan.
"Jadi buat masa ini kita minta ibu atau warisnya tampil bagi tujuan penempatan dan kebiasaannya kita akan beri tempoh tiga bulan dalam jagaan JKM.
"Sekiranya tidak ada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada keluarga pelihara yang layak dan sesuai," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang bayi yang masih bertali pusat dan uri dijumpai seorang lelaki berusia 45 tahun dalam keadaan berbalut tuala kira-kira 8.15 malam, 25 Nov lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu ibu bapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, mendedahkan serta membuang kanak-kanak itu dengan niat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang lelaki berusia 45 tahun dalam keadaan berbalut tuala kira-kira 8.15 malam, 25 Nov lepas. - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.