KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan inisiatif pengecualian kaji semula bantuan kewangan bulanan persekutuan kepada semua penerima bantuan sedia ada di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, bagi tujuan itu, pelanjutan bantuan dibuat secara automatik kecuali bagi kes-kes yang boleh ditamatkan berdasarkan maklumat sahih.
Beliau berkata, KPWKM komited dalam meneliti proses birokrasi dalam usaha memendekkan tempoh permohonan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Usaha ini bagi memastikan semua penerima dapat menikmati faedahnya secepat mungkin dan akan sentiasa berusaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.
"Kementerian juga mengambil maklum perkara ini dan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi
mengenal pasti golongan yang memerlukan agar tidak berlaku keciciran.
"Namun, setiap permohonan bantuan akan dibuat siasatan secara terperinci dan pertimbangan bantuan adalah mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Pengurusan Bantuan
Kewangan Persekutuan JKM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Rina berkata, sebanyak 222,000 agihan Bantuan Bakul Makanan telah dibuat kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) susulan penularan COVID-19.
"KPWKM turut dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan Bantuan Bakul Makanan yang disediakan di
bawah Tabung Bencana COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Sehingga 23 November 2020, NADMA telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM30.6 juta kepada KPWKM secara berperingkat.
"Bantuan ini juga telah diperluaskan termasuk di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD)," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Nov 25 2020

Rina berkata, perlanjutan bantuan dibuat secara automatik kecuali bagi kes-kes yang boleh ditamatkan berdasarkan maklumat yang sahih. - Gambar file

Halang tugas dan ugut polis, 7 direman
Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di Tanjung Tokong pada Ahad direman.

AWANI Ringkas: Annuar Musa sanggah Ahmad Maslan | Nazri Aziz positif COVID-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Proklamasi Darurat | Pendirian parti politik terhadap proklamasi darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah. Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua Ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
![[INFOGRAFIK] PERMAI | Menyokong kelangsungan perniagaan [INFOGRAFIK] PERMAI | Menyokong kelangsungan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/25986201321611034760936/1886229_8967789641611034789297_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PERMAI | Menyokong kelangsungan perniagaan
![[INFOGRAFIK] PERMAI | Memelihara kebajikan rakyat [INFOGRAFIK] PERMAI | Memelihara kebajikan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/25986201321611034720063/1886228_8967789641611034751152_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PERMAI | Memelihara kebajikan rakyat

Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Menurut tinjauan itu, syarikat penerbangan nasional dianggap cemerlang dalam semua kategori, sehingga dianugerahkan tujuh bintang.

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Kuala Kedah hari ini
Pengarah Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Ab Aziz meminta penduduk setempat tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.

Vaksin COVID-19 selaras tuntutan mencegah penyakit dan kemudaratan - Jakim
Pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi.

89 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Pahang
Antara fasiliti yang dinaiki air ialah klinik kesihatan dan klinik desa di Temerloh, Bera, Lipis, Maran, Pekan serta Raub.

Situasi di rantau APAC akan lebih baik pada 2021 - Moody's
Sokongan fiskal dan monetari yang berterusan di kedua-dua pasaran maju dan pesat membangun turut membantu memperbaiki keadaan.

Proklamasi Darurat: Khairuddin kemuka saman pemula kepada Muhyiddin, Kerajaan Malaysia
Khairuddin berkata, perkara itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

Proklamasi Darurat: Parlimen Malaysia teruskan proses semak, imbang - Azhar Azizan
Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dari sudut perundangan, kerajaan PN masih lagi sah, teguh - Pakar Perlembagaan
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.

Hilang majoriti: Sidang Khas Dewan Rakyat boleh dipanggil - Pakar Perlembagaan
Ketika ini Muhyiddin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'.

Terbit kad laporan Ahli Parlimen perlu jadi budaya
Budaya politik ketika ini hanya melihat tanggungjawab seseorang ahli politik itu adalah kepada parti yang disertai dan bukannya penduduk di kawasan yang diwakili.

"Pi baliklah" - Ulas Tun Mahathir sinis mengenai dakwaan Anwar
Tun Mahathir berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawarannya untuk kembali mengukuhkan PH selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Datuk Ahmad Kamal membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan Dr Mahathir.

MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan
Pindaan mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan sedang dalam proses penelitian daripada aspek perundangan oleh Jabatan Peguam Negara.