Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menerima baik keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membentuk panel khas bagi berkaitan kes berprofil tinggi seperti SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ia perlu demi ketelusan dan ketinggian profesionalisme SPRM dalam siasatan kes tersebut
"JKMR juga memberi jaminan pembentukan panel khas ini tidak sama sekali mencabar dan menjejaskan segala kuasa Peguam Negara yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam membuat keputusan kerana peruntukan perundangan akan tetap terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga speaker Dewan Negara juga yakin keputusan badan rasuah itu dapat menangkis persepsi negatif terhadap SPRM selama ini.
"JKMR yakin pengwujudan panel bebas khas ini yang julung kali dibentuk akan menangkis kemungkinan tanggapan atau persepsi negatif terhadap SPRM yang sentiasa menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional," katanya.
Pada 22 Disember 2015, mesyuarat pengurusan tertinggi SPRM mencapai persetujuan pelantikan ahli panel bebas khas yang terdiri daripada golongan profesional yang tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.
Panel lima ahli itu terdiri daripada anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau pergerakan SPRM.
Ia berdasarkan syor JKMR yang dibuat dalam laporan tahunan 2014 dan diedarkan kepada Ahli Parlimen pada 2015, yang meminta supaya penemuan dan hasil siasatan kes khas berprofil tinggi dibentangkan kepada satu panel khas sebelum laporannya diserahkan kepada peguam negara untuk dimuktamadkan.
Astro Awani
Tue Dec 29 2015
ABU ZAHAR: Yakin panel khas mampu menangkis kemungkinan tanggapan atau persepsi negatif terhadap SPRM. - Foto BernamaAstro
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Air pasang besar: Lebih 40 kampung berhampiran sungai, pantai berisiko
Lebih 40 kampung berhampiran muara sungai dan pantai di Terengganu berisiko dan terkesan mengalami banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
444 mangsa terjejas di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini melibatkan 444 mangsa setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Pelantikan Ahli JKMR manifestasi Kerajaan MADANI banteras rasuah - PM
Anwar menyifatkan pelantikan lima Ahli JKMR hari ini sebagai manifestasi Kerajaan MADANI untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat bagi membanteras gejala rasuah di negara ini.
Rais Yatim dilantik pengerusi baharu JKMR
Tan Sri Rais Yatim dilantik sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkuat kuasa 15 Julai lepas untuk tempoh tiga tahun.
JKMR terima baik keputusan SPRM bentuk panel khas kes profil tinggi
JKMR terima baik keputusan SPRM membentuk panel khas bagi kes seperti SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Syor EAIC tidak wajar dan tidak perlu dipertimbangkan - Pengerusi JKMR
Cadangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disenaraikan sebagai agensi penguatkuasa di bawah kawal selianya dianggap tidak wajar.
Harap sokongan rakyat untuk baiki kedudukan CPI - Abu Zahar
Malaysia juga merupakan negara kedua tahap rasuah paling rendah di belakang Singapura yang berada pada kedudukan ke-7, kata pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah itu.