awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNPP tunggu laporan lengkap polis kes doktor berkelakuan tidak senonoh

Bernama
Bernama
11/03/2025
21:30 MYT
JKNPP tunggu laporan lengkap polis kes doktor berkelakuan tidak senonoh
Beberapa prosedur perlu dilalui sebelum membuat keputusan sama ada pegawai perubatan itu akan digantung tugas atau direhatkan selepas dibebaskan. - Foto fail/Astro AWANI
BATU KAWAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menunggu siasatan lengkap polis berhubung kes melibatkan seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan kes itu.
"(Kes itu) masih lagi dalam siasatan polis dan setakat ini saya belum dapat makluman (doktor itu dibebaskan), mungkin hari ini dibebaskan tetapi saya belum dapat pemaklumkan secara bertulis," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra Bazar Ramadan Batu Kawan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen di sini pada Selasa.
Ditanya sama ada pegawai perubatan itu akan digantung tugas atau direhatkan selepas dibebaskan, Fazilah berkata pihaknya masih belum dapat memberi kata putus kerana perlu melalui beberapa prosedur susulan kes itu masih dalam siasatan.
Polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam 26 Feb, selepas menerima maklumat daripada pihak hospital dan direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.
Bagaimanapun suspek ditahan semula Khamis lepas, selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023, dan polis memperoleh perintah reman hingga hari ini.
Jumaat lepas seorang wanita warga asing membuat laporan polis mendakwa suspek memperdayakannya untuk membuka pakaian ketika melakukan pemeriksaan jantung di hospital tempat doktor itu bertugas pada 20 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKNPP
#doktor berkelakuan tidak senonoh
#pesakit wanita
#Jabatan Kesihatan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan