awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR akan bina jalan sementara di Kampung Seberang Janggut - Nanta

Bernama
Bernama
30/12/2023
09:21 MYT
JKR akan bina jalan sementara di Kampung Seberang Janggut - Nanta
Keadaan jalan di Kampung Seberang Janggut yang runtuh. -Balai Bomba dan Penyelamat Jeli
KOTA BHARU: Kementerian Kerja Raya dan agensinya Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil tindakan susulan segera berikutan kejadian jalan runtuh di Kampung Seberang Janggut, di sini semalam.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau telah dimaklumkan oleh JKR Jajahan Jeli bahawa jalan yang terlibat adalah jalan kampung di bawah pejabat daerah.
"Pasukan JKR Jajahan Jeli bersama pegawai daerah juga telah turun ke kawasan terlibat bagi melihat situasi semasa dan perancangan menyediakan jalan sementara sedang dilaksanakan.
Pasukan JKR Jajahan Jeli juga sedang membantu menyediakan anggaran kos bagi pembinaan jalan sementara di sebelah jalan yang runtuh tersebut bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Nanta berkata berkata beliau difahamkan peruntukan pembaikan dan pembinaan jalan sementara itu akan dipohon oleh pegawai daerah kepada Pejabat Pembangunan Negeri.
"Saya memohon kerjasama semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dan mengikut segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak, dalam keadaan cuaca yang buruk pada ketika ini.
Pihak kementerian dan JKR akan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan bagi membantu menguruskan bencana ini," katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim sejumlah 200 mangsa daripada 40 keluarga terputus hubungan akibat kejadian itu.
"Tadi pihak anggota BBP bersama pegawai daerah dan JKR telah melawat lokasi kejadian. Bekalan makanan telah dihantar kepada ketua isi rumah yang terkandas.
Ketika ini hanya ada satu laluan alternatif namun hanya boleh dilalui secara berjalan kaki," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Kampung Seberang Janggut
#jalan runtuh
#JKR Jajahan Jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan