awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini

Bernama
Bernama
22/01/2024
02:50 MYT
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
JKR Kelantan akan turut mengurus projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan 3 (RP3) dan Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bermula tahun ini.
KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan akan menguruskan 58 projek sambungan dalam pembinaan bernilai RM874 juta tahun ini.
Pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berkata ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
"Di Kelantan, projek paling banyak adalah di bawah Kementerian Pendidikan diikuti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Antara projek berkenaan ialah naik taraf sekolah daif, pembinaan Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah dan sebuah sekolah baharu di Tok Bali," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi JKR Kelantan Tahun 2023 di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Mohd Suhaili berkata JKR Kelantan akan turut mengurus projek yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3 (RP3) dan Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bermula tahun ini.
Beliau berkata sebahagian projek RP3 telah bermula dan Surat Setuju Terima (SST) juga sudah dikeluarkan.
Sementara itu, ditanya perkembangan terkini projek pembinaan jalan kekal di KM73.85 Jalan Dabong - Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli, beliau berkata ia masih dalam fasa reka bentuk.
Pada 6 Jan lepas, media melaporkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek pembinaan jalan kekal itu dijadual siap dalam masa dua bulan sebelum perayaan Aidilfitri dengan kos RM700,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKR Kelantan
#Mohd Suhaili Ismail
#RMK12
#Jalan Dabong - Jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan