FUKUSHIMA: Lebih 1,000 orang terputus hubungan di sebuah kampung di Wilayah Fukushima, Jepun, selepas beberapa jalan raya di kawasan itu terhalang akibat pokok tumbang susulan salji lebat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Kyodo News.
Menurut pihak berkuasa, mereka yang terjejas termasuk kira-kira 900 penduduk dan 500 lagi individu yang menginap di hotel serta tempat penginapan lain di dalam dan sekitar kawasan Urabandai di Kampung Kitashiobara.
Kawasan pergunungan itu terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Pokok yang tumbang menimpa talian elektrik menghalang kerja-kerja pemulihan, manakala gangguan bekalan elektrik menjejaskan kira-kira 700 isi rumah.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA-KYODO