Skip to main content

Malaysia

JKR Terengganu siasat punca bumbung runtuh

41369148777_295x200.jpg
Jabatan Kerja Raya Terengganu akan membuat siasatan rapi mencari punca bumbung Masjid Binjai Kertas, Hulu Terengganu Runtuh pada Isnin malam.

Siasatan awal mendapati, pembinaan masjid berkenaan menepati piawaian dan prosedur ditetapkan.

Pengarah JKR Terengganu, Datuk Shafii Mohamad turut menyangkal kejadian itu berikutan proses pembinaan yang mengabaikan garis panduan serta ciri keselamatan.

Pada Isnin malam, seramai 12 jemaah masjid nyaris maut apabila bumbung hadapan masjid berkenaan runtuh.

Ia berlaku sebaik sahaja jemaah selesai menunaikan solat Isyak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, mengerahkan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Advertisement

Must Watch Video