PUTRAJAYA: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengulas apsek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.
Ketua Pengarahnya Datuk Zamri Ramli berkata mengikut prosedur diamalkan dalam cadangan pembangunan fizikal, pihak pemaju perlu membuat permohonan pemajuan kawasan tersebut kepada PBT.
"PBT perlu memohon ulasan teknikal bagi permohonan cadangan pemajuan kepada JMG, yang merupakan satu daripada Agensi Tekninal Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada isu kebimbangan orang ramai berhubung Restoran Gua Lepak, Bukit Batu Caves di Taman Industri Bolton, Gombak, Selangor yang terletak di dalam gua batu kapur itu sepertimana dibangkitkan beberapa kali dalam media tempatan.
Antara isu diutarakan ialah isu keselamatan pengunjung premis, risiko bencana geologi, pemuliharaan fosil di tapak, status kebenaran operasi restoran dan risiko vandalisme.
Selain itu, kewujudan restoran berkenaan dibimbangi menyebabkan gangguan biodiversiti endemik serta isu pemuliharaan dan kelestarian terhadap geotapak tersebut yang merupakan sebahagian daripada Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp).
Menurut Zamri, sebarang pembangunan di kaki bukit batu kapur perlu merujuk kepada Garis Panduan Penentuan Zon Bahaya Di Sekitar Bukit Batu Kapur dikeluarkan oleh JMG bagi menentukan zon keselamatan di sekitar kawasan tersebut.
Dalam konteks pembangunan geopark, beliau berkata kesejahteraan masyarakat dan penjanaan ekonomi masyarakat setempat merupakan satu daripada elemen yang dapat menambah nilai kepada geopark.
"Bagaimanapun, aktiviti tambah nilai ini perlulah selari dengan konsep pembangunan geopark melibatkan tiga elemen penting iaitu pemuliharaan, pendidikan serta pembangunan secara lestari," katanya.
Beliau berkata JMG menyarankan agar Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark negara yang diputuskan untuk dipakai ketika Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-42 diterjemahkan dalam setiap pembangunan geopark.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Zamri berkata mengikut prosedur diamalkan dalam cadangan pembangunan fizikal, pihak pemaju perlu membuat permohonan pemajuan kawasan tersebut kepada PBT. - Gambar Bernama
Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Niaga AWANI: Sarawak optimis capai sasaran 4 juta pelancong tahun ini
Sarawak optimis capai sasaran 4 juta pelancong melawat negeri itu pada penghujung tahun ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Agropelancongan sumber ekonomi usahawan tempatan dengan pertumbuhan jangka panjang
Agropelancongan menjadi sektor yang mampu menawarkan pertumbuhan jangka panjang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), selaras dengan sasaran Kerajaan menarik kehadiran hampir 30 juta pelancong tahun ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Monsun Barat Daya dijangka mula Jumaat ini
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) jangkakan monsun barat daya bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September. Perubahan ini menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.
Niaga AWANI: Penduduk Malaysia cecah 34 juta pada suku pertama 2024
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 iaitu seramai 33.2 juta penduduk.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Faisal Halim makin baik, mengidam nasi kandar
Keadaan penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim semakin baik apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan akibat kecederaan disimbah asid.
Lebih 1,000 anggota Hamas dirawat di Turki - Erdogan
Presiden Turki mendedahkan lebih 1,000 anggota Hamas menerima rawatan di Turki ketika ini.
PBB kecam serangan membunuh kakitangan di Rafah
Setiausaha Agung PBB mengecam serangan yang membunuh kakitangan badan dunia itu yang dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah pada Isnin.
Niaga AWANI: BNM punya strategi kukuhkan Ringgit
Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil beberapa langkah bagi mengekalkan kestabilan Ringgit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
JMG belum terima permohonan ulasan teknikal restoran dalam gua batu kapur
JMG tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau PBT untuk mengulas apsek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.