awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari kekal Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB

Bernama
Bernama
13/12/2023
08:49 MYT
Johari kekal Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB
Johari disambut pegawai dan kakitangan kementerian ketika tiba di lobi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Putrajaya hari ini. - Gambar/ KPK
PUTRAJAYA: Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang baru dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, masih mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Insya-Allah, setakat ini saya masih lagi," katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu bersama Timbalannya Datuk Chan Foong Chin, di lobi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini hari ini sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu.
Ditanya kemungkinan jawatan tersebut akan diserahkan kepada individu lain selepas pelantikannya sebagai menteri, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata : "Tengoklah siapa berani buat, buatlah."
Pada masa sama, Beliau berkata perkembangan tuntutan kerajaan terhadap Goldman Sachs yang telah selesai, juga sedang dipantau.
Pada Julai 2020, Kumpulan Goldman Sachs bersetuju untuk membayar sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion), untuk menyelesaikan siasatan jenayah jenayah oleh Malaysia terhadap bank pelaburan berkenaan dalam isu 1MDB, yang membabitkan berbilion dolar.
"Selepas empat kali (pembayaran) ditangguhkan, mereka masih tidak membayar bayaran pertama sebanyak USD250 juta.
"Alasan mereka, setiap penyelesaian yang dibuat melalui Ambank dan International Petroleum Investment Company (IPIC), dikira sebagai pemulihan aset.
"Sebenarnya itu salah. Recovery ialah kita cari benda (aset-aset) yang telah hilang melalui 1MDB," katanya.
Sementara itu, Johari berazam untuk meneruskan segala perancangan bagi mengukuhkan lagi kementerian tersebut.
"Mereka telah melakukan kerja yang baik, sebab bila saya tengok di laman web kementerian, semuanya sangat menyeluruh.
"Jadi, saya cuma nak mengukuhkan hubungan dengan memperbanyakkan mesyuarat bersama pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan dalam sektor perladangan dan komoditi," katanya sektor-sektor berkenaan menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Topic Berkaitan
#JOHARI ABDUL GHANI
#Pasukan Petugas 1MDB
#rombakan kabinet 2023
#Goldman Sachs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan