TOKYO: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Johari dan delegasi Malaysia mengunjungi National Agriculture and Food Research Organization (NARO) di ibu pejabatnya di Tsukuba, Ibaraki dan mengadakan pertemuan dengan Presiden NARO Dr Kazuo Kyuma bersama pasukannya.
Semasa pertemuan itu, Johari menyatakan hasrat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pertanian negara menerusi kerjasama dengan teknologi Jepun.
Beliau berkata Malaysia ingin mempelajari amalan terbaik dari Jepun dalam bidang pertanian, di samping meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
"Saya berminat dengan inisiatif NARO dalam mempromosikan aktiviti kolaboratif dan berkongsi maklumat untuk membantu komuniti antarabangsa menghasilkan lebih banyak makanan sebagai tindak balas kepada kekurangan yang mungkin berlaku.
"Kami berharap dapat belajar banyak perkara daripada anda dan mungkin, apabila kami menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan, sudah pasti kami akan cuba menggalakkan negara ASEAN lain untuk datang dan belajar dengan anda supaya dapat manfaat daripada pencapaian anda," katanya pada pertemuan itu.
Semasa lawatan itu, Johari juga diberi taklimat mengenai pembangunan dan pandangan masa hadapan pertanian pintar oleh Institute of Agricultural Machinery, NARO serta pembangunan sistem pengurusan air baharu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh Institute for Rural Engineering (NIRE), NARO.
Johari turut menyaksikan demonstrasi robot traktor dengan sistem pemantauan jarak jauh, yang bertujuan mencapai penjimatan tenaga buruh dan meningkatkan skala pengeluaran pertanian.
Pada lawatan tiga jam itu, delegasi Malaysia dibawa ke Japan International Research Center for Agricultural Sciences (JIRCAS) dan diberi taklimat mengenai projek penyelidikan kerjasama di Malaysia, termasuk penanaman semula kelapa sawit secara mampan melalui inovasi saintifik dan teknologi.
Johari juga membincangkan potensi ubi kayu sebagai makanan alternatif kepada beras, mengambil kira khasiatnya dan sebagai penyelesaian kepada kekurangan beras tempatan.
Johari mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun yang merupakan undangan Speaker Dewan Perwakilan negara itu Fukushiro Nukaga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Johari berkata Malaysia ingin mempelajari amalan terbaik dari Jepun dalam bidang pertanian, di samping meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara. - Foto fail/BERNAMA
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
KKR siap siaga hadapi gelombang kedua banjir - Ahmad Maslan
Pasukan Gerak Kerja bencana negeri telah diarah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi memastikan jaringan perhubungan jalan raya tidak terjejas susulan banjir.
Perdana Menteri Timor-Leste berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Perdana Menteri Timor-Leste diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Kay Rala Xanana Gusmao, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra.
PM Timor-Leste tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi tiga hari
Pesawat yang membawa Xanana Gusmao bersama delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.16 malam.
Perdana Menteri Timor-Leste lakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia mulai 1 Dis
Ini merupakan lawatan pertama Xanana Gusmao ke Malaysia selepas dilantik ke jawatan itu pada 1 Julai 2023.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Muhammad Sanusi ucap terima kasih kepada PM Anwar berkaitan pelaburan Hyundai Motor
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.