awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor akan galak PBT guna kenderaan elektrik pada masa hadapan

Bernama
Bernama
01/12/2022
11:52 MYT
Johor akan galak PBT guna kenderaan elektrik pada masa hadapan
Kerajaan Johor akan menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan 'Greater Johor Bahru' menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang. - Gambar BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan 'Greater Johor Bahru' menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat rendah karbon.
"Kita sedia maklum bahawa untuk projek akan datang, kita akan galakkan PBT menggunakan kenderaan elektrik kerana kita tahu Singapura sekitar 10 hingga 20 tahun akan datang akan gunakan 100 peratus teknologi EV ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon di Sunway Big Box di sini hari ini.
Dalam merealisasikan perancangan itu, Mohd Jafni berkata, kerajaan Johor akan turut membina lebih banyak stesen pengecas EV di kawasan Greater Johor Bahru.
"Kita sedia maklum EV ini mahal kosnya tapi kita kena mulakan juga untuk kita lihat apa isu-isu berbangkit kerana palam soketnya berbeza-beza, jadi kita harap permulaan ini kita akan melihat ke arah yang lebih baik," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#kenderaan elektrik
#Greater Johor Bahru
#PBT Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan