awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor bakal tambah PKRC untuk tangani peningkatan pesakit COVID-19

Bernama
Bernama
02/06/2021
09:14 MYT
Johor bakal tambah PKRC untuk tangani peningkatan pesakit COVID-19
Hasni ketika meninjau PKRC di Stadium Tertutup MBPG yang merupakan PKRC pertama di Johor pada Februari lalu. - Gambar fail/ Bernama
ISKANDAR PUTERI: Johor akan membuka sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi, dekat Johor Bahru dalam masa terdekat bagi menampung peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di negeri ini.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pusat itu akan menjadi PKRC ketiga di Johor selepas PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Johor Bahru dan PKRC DB Kompleks di sini, yang dikendalikan pihak swasta.
"Buat masa ini pegawai daerah sedang menyiapkan dokumen untuk mengenal pasti berapa katil dan tilam yang perlu disediakan di pusat berkenaan," katanya dalam satu temu ramah eksklusif di pejabatnya, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata hanya satu bangunan di Hospital Permai akan digunakan sebagai PKRC yang dilihat sesuai bagi individu yang positif kategori satu dan dua iaitu tanpa gejala atau gejala ringan termasuk pesakit yang melibatkan ibu dan anak lelaki yang sebelum ini terpaksa dipisahkan.
Pada masa yang sama kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti sebuah lagi lokasi baharu PKRC iaitu bangunan lama Hospital Pakar KPJ Kluang di Kluang, namun ia bergantung kepada permintaan dan keperluan.
"Kalau ada keperluan (tambahan), pihak Hospital Pakar KPJ Kluang tawarkan untuk (guna bangunan dan kelengkapan di bangunan lama), ini percuma memandang mereka sudah beralih (pindah) ke bangunan baharu. Bangunan lama itu boleh memuatkan sebanyak 400 hingga 450 katil," katanya.
Buat masa ini Hasni berkata, PKRC Stadium Tertutup MBPG mempunyai kapasiti 1,043 katil manakala PKRC DB Kompleks mempunyai 395 katil.
Sehingga 26 Mei lepas, kadar penggunaan katil di PKRC Stadium Tertutup MBPG sudah mencapai kapasiti 91 peratus membabitkan 952 pesakit kategori satu dan dua.
Johor merekodkan 431 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 58,814 kes dengan 296 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#PKRC
#Hospital Permai
#COVID-19
#Menteri Besar
#Hasni Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan