awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB

Johor cadang tambah lokasi ambil, turun penumpang teksi rentas sempadan

Bernama
Bernama
23/08/2025
14:30 MYT
Johor cadang tambah lokasi ambil, turun penumpang teksi rentas sempadan
Mohamad Fazli ketika bertemu pengamal media selepas hadir pada Perasmian Laman Rel Mahkota hari ini. - Gambar Bernama
KLUANG: Kerajaan Johor akan mengemukakan cadangan untuk menambah lokasi mengambil serta menurunkan penumpang bagi perkhidmatan teksi rentas sempadan Malaysia dan Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata ketika ini teksi atau kenderaan berlesen 'sewa dan pandu' Malaysia hanya dibenarkan menurunkan penumpang di Rochor Road, Singapura manakala teksi Singapura hanya dibenarkan berbuat demikian di Larkin Sentral, Johor Bahru.
"Cadangan fasa pertama ialah menambah lima lagi lokasi di Singapura selain Rochor Road, menjadikan keseluruhannya enam lokasi. Singapura juga sama dicadang menambah lima lokasi di Johor bagi menurunkan penumpang mereka," katanya.
Mohd Fazli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Laman Rel Mahkota yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Stesen Kluang di sini hari ini.
Beliau berkata bagi fasa kedua, perbincangan berkemungkinan melibatkan kebenaran sebahagian kenderaan melaksanakan perkhidmatan door-to-door atau dari rumah ke rumah.
Perkara itu masih pada peringkat perbincangan dan melibatkan bukan sahaja perkhidmatan teksi tetapi juga platform e-hailing.
Semalam, media melaporkan lebih 400 syarikat agensi pelancongan di Johor mendakwa terjejas selepas Singapura tidak lagi membenarkan permohonan permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sejak 2023.
Wakil agensi pelancongan itu, Dr Khairul Anuar Mohtar, 37, berkata pendapatan agensi pelancongan terjejas lebih 50 peratus akibat peraturan itu yang menghalang kenderaan pelancongan masuk ke Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#teksi
#pelancongan
#VEP
#rumah ke rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.