awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB

Bernama
Bernama
01/01/2026
14:00 MYT
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Onn Hafiz berkata kutipan hasil negeri akan terus dikembalikan dalam bentuk pembangunan, kemudahan dan kebajikan rakyat Johor. - Gambar Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.67 bilion bagi 2025, tertinggi pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ringkasan AI
  • Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.67 bilion bagi 2025, tertinggi pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  • Kutipan hasil negeri akan terus dikembalikan dalam pembangunan, kemudahan, dan kebajikan rakyat Johor, dengan harapan untuk memajukan negeri ke hadapan.
  • Onn Hafiz mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, serta menghargai sumbangan semua pihak dalam pertumbuhan ekonomi negeri, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, ADUN, dan rakyat Johor.

Beliau berkata kutipan hasil negeri akan terus dikembalikan dalam bentuk pembangunan, kemudahan dan kebajikan rakyat Johor.
"Semoga pencapaian ini menjadi titik tolak untuk Johor terus melangkah ke hadapan dengan lebih tersusun dan berdaya saing demi menjamin masa depan negeri yang maju, makmur dan sejahtera.
"Saya sedar masih banyak perlu diperbaik dan diperkemas. Justeru, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk melakukan lebih baik bagi memastikan hasil negeri dimanfaatkan secara adil dan lebih ramai dapat menikmati manfaatnya," katanya menerusi hantaran Facebook.
Menerusi hantaran itu, Onn Hafiz menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas segala sokongan, panduan dan nasihat berterusan yang menekankan keutamaan tadbir urus dan kestabilan negeri demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjadi nadi pertumbuhan ekonomi negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Asman Shah Abd Rahman, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semua penjawat awam.
Penghargaan juga dirakamkan kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta rakyat Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GLC
#Facebook
#penjawat awam
#kutipan hasil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan