awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan

Bernama
Bernama
27/07/2024
03:20 MYT
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berkata langkah ini adalah selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti. - Foto Facebook/Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berhasrat melancarkan sekolah rintis Johor bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hasrat itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
Beliau berkata langkah ini adalah selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.
"Tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris.
"Sebagai permulaan, ia akan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang ditentukan oleh pihak JPNJ," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah rintis
#tunku mahkota ismail
#onn hafiz ghazi
#JPNJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan