awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor kaji bina jajaran LRT di Johor Bahru - Exco

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2022
05:47 MYT
Johor kaji bina jajaran LRT di Johor Bahru - Exco
Inisiatif itu sekali gus melengkapkan jaringan pengangkutan di pusat bandaraya itu selain melancarkan pergerakan penumpang Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka beroperasi pada 2027 nanti. - Gambar fail
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor sedang mengkaji untuk membangunkan jajaran pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT) di Johor Bahru bagi menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah itu juga mampu menjadi penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya yang semakin kritikal di pusat bandar raya itu.
Katanya inisiatif itu sekali gus melengkapkan jaringan pengangkutan di pusat banda raya itu selain melancarkan pergerakan penumpang Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka mula beroperasi pada 2027 nanti.
“Kita mendapat banyak cadangan untuk menggunakan sistem LRT di dalam Johor Bahru. Sistem LRT ini memang sesuai digunakan di bandar dan ini masih lagi dalam kajian dan pertimbangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, pada Rabu.
Jelas Fazli, pihaknya turut akan meneliti kesesuaian membangunkan LRT di beberapa bandar yang lain melibatkan Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Kulai.
Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, pembinaan infrastruktur RTS sudah mencapai 17 peratus sehingga 30 Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.
Topic Berkaitan
#LRT
#Johor Bahru
#Exco
#RTS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan