Skip to main content

Dunia

China lancar siasatan halangan perdagangan terhadap tindakan AS

41757971292_USChinaFlag.jpg
Kementerian Perdagangan China melancarkan dua siasatan berkenaan selaras dengan Undang-undang Perdagangan Luar China serta peraturan berkaitan siasatan halangan perdagangan luar.

BEIJING: Kementerian Perdagangan China mengumumkan pada Jumaat pelancaran siasatan halangan perdagangan terhadap tindakan dan langkah Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menjejaskan rantaian pengeluaran serta bekalan global, selain menghalang perdagangan produk hijau, lapor Xinhua.

Pada 12 Mac waktu Beijing, Pejabat Wakil Perdagangan AS melancarkan siasatan Seksyen 301 terhadap China dan 15 ekonomi lain atas alasan dakwaan “lebihan kapasiti”, diikuti satu lagi siasatan Seksyen 301 pada 13 Mac yang menyasarkan China dan 59 ekonomi lain.

Advertisement

China menyatakan rasa amat tidak puas hati serta bantahan tegas terhadap kedua-dua langkah itu, menurut jurucakap kementerian perdagangan sebagai menjawab pertanyaan media pada Jumaat.

Bagi melindungi kepentingan industri berkaitan di China secara tegas, kementerian itu melancarkan dua siasatan berkenaan selaras dengan Undang-undang Perdagangan Luar China serta peraturan berkaitan siasatan halangan perdagangan luar, kata jurucakap itu lagi.

Kementerian perdagangan akan meneruskan siasatan ini mengikut undang-undang dan peraturan, serta mengambil langkah sewajarnya berdasarkan hasil dapatan, menurut jurucakap berkenaan.

--BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video