JOHOR BAHRU: Johor kini ke arah Kerajaan Tanpa Tunai dengan pelaksanaan JohorPay sejak Oktober tahun lalu.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir berkata, JohorPay adalah satu platform bersepadu bagi pembayaran perkhidmatan agensi kerajaan Negeri Johor termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Katanya pada ketika ini, JohorPay menawarkan pembayaran secara dalam talian bagi urusan seperti bayaran cukai tanah, cukai harta, fi pensijilan halal Malaysia Negeri Johor, terimaan Permit 4C bagi Permohonan Bahan Batuan dan Kupon Eksport Pentadbiran Tanah Johor.
"Namun, pada masa akan datang, JohorPay akan diperluaskan kepada sektor perniagaan, pendidikan dan bekerjasama bersama pihak swasta dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan.
"Melalui JohorPay, kerajaan dijadikan platform untuk menyampaikan perkhidmatan dan maklumat secara terus kepada rakyat. Ini menjadikan urusan dapat dilakukan dengan lebih mudah, telus, cepat dan secara masa nyata, selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadi kerajaan berpaksikan rakyat.
"Sehingga Oktober 2022, bilangan pengguna JohorPay adalah seramai 157,221 pengguna dan terjemahan terimaan adalah sebanyak RM130 juta," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini.
Jelas Mohammed Ridha, pada tahun depan, Kerajaan Negeri telah mensasarkan peningkatan sebanyak 100 peratus terimaan melalui JohorPay.
Katanya menjelang November ini, pihaknya menjangkakan JohorPay dapat menampung tambahan sepuluh lagi jenis terimaan bayaran terutamanya dalam sektor perumahan.
"Ini termasuk terimaan bayaran lot bumiputera, bayaran sijil Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ), bayaran sewa bulanan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan bayaran atau rayuan berkaitan pindah milik.
"Bagi tahun 2023, perkhidmatan lain seperti terimaan bayaran berkaitan perkhidmatan veterinar, pembelian tiket masuk ke Taman Eko Rimba dan kuarters Negeri Johor akan turut dilaksanakan.
"Kami berhasrat menjelang tahun 2025, sebanyak 70 peratus terimaan bayaran berkaitan agensi kerajaan di Negeri Johor dapat dilaksanakan melalui JohorPay," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Oct 14 2022

JohorPay akan diperluaskan kepada sektor perniagaan, pendidikan dan bekerjasama bersama pihak swasta dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Niaga AWANI: Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Selain misi bantuan oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Malaysia merancang mewujudkan hospital lapangan atau field hospital di Turkiye, susulan gempa bumi yang melanda negara itu dua hari lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet pada Rabu memaklumkan, bantuan ke Syria juga akan diselaraskan melalui Pertubuhan Palang Merah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Memaknai KDNK dalam kehidupan rakyat
Bersama Prof. Madya Dr. Norlida Hanim Mohd Salleh, Pengerusi Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

Gempa Turkiye, Syria: Lagi mangsa ditemui selamat, angka korban cecah 12,000
Ribuan anggota penyelamat bekerja tanpa henti mengharungi cuaca sejuk untuk mencari mangsa yang masih hidup.

Daripada 'biasa-biasa', kini 70kg pisang terjual tak sampai tiga jam
Impak video pendek itu turut melariskan jualan, Banana Dibs yang diusahakan oleh Abdul Adib Aidil sejak dua tahun lalu.

Belon pengintip: AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
AS mendapat maklumat berdurasi 'hampir sejam' mengenai belon yang ditembak jatuh oleh negara itu pada Sabtu.

Tanda tanya Muda tidak dijemput mesyuarat sekretariat
Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi menyuarakan rasa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama berkenaan.

Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat
Warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008658/1218637861675902476734_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu - Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin - Perkembangan gempa di Turkiye. Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria #AWANInews #AWANIpagi

Johor ke arah Kerajaan Tanpa Tunai dengan JohorPay
JohorPay akan diperluaskan kepada sektor perniagaan, pendidikan dan bekerjasama bersama pihak swasta dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan.