awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kerajaan digesa laksana langkah tegas pengharaman vape, cegah mudarat meningkat - MCTC
GAYA HIDUP
Anna Wintour undur diri sebagai Ketua Pengarang Vogue Amerika
MALAYSIA
Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Johor laksana 33 projek landskap bernilai RM152.44 juta - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
26/06/2025
14:10 MYT
Sponsor Banner
Johor laksana 33 projek landskap bernilai RM152.44 juta - Onn Hafiz
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor (dua, kanan) berkenan menyempurnakan Perasmian Hari Landskap Negara 2025 di Taman Bandar Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor dengan kerjasama kesemua 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melaksanakan 33 projek pengindahan dan landskap bernilai keseluruhan RM152.44 juta.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata projek-projek itu melibatkan kerja naik taraf taman rekreasi, laluan pejalan kaki, kawasan warisan, mural seni awam, infrastruktur pelancongan, pencahayaan bandar serta penanda visual strategik yang dijangka memberi impak langsung kepada kualiti hidup penduduk.
Beliau berkata antara peruntukan itu termasuk RM2.92 juta bagi menaik taraf Taman Bandar Bukit Layang-Layang sempena sambutan Hari Landskap Negara 2025, RM1.48 juta bagi kerja landskap dan pengindahan di TMIYC Pasir Gudang, serta RM30 juta untuk infrastruktur dan pengindahan di Pusat Bandar Johor Bahru.
"Setiap projek ini memberikan manfaat langsung kepada rakyat dalam bentuk kawasan riadah yang lebih selesa, persekitaran bandar yang lebih indah, peluang pekerjaan dalam sektor landskap dan pelancongan, serta peningkatan imej bandar yang berupaya menarik lebih ramai pelabur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2025 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh isteri Pemangku Sultan Johor Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Onn Hafiz berkata Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Jabatan Landskap Negeri sendiri, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan landskap yang sistematik dan bersepadu.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor landskap menyumbang RM39.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024, dengan Johor mencatat jumlah tapak semaian tertinggi di Malaysia, merangkumi 87 peratus daripada keseluruhan tapak semaian negara.
"Perkembangan ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan pesat sektor landskap, malah memperkukuh kedudukannya sebagai antara pemacu ekonomi baharu yang berpotensi tinggi," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Landskap Negara atas komitmen berterusan memperkasa landskap komuniti di negeri ini.
Menurutnya bagi tempoh 2023 hingga 2025, Johor telah menerima peruntukan sebanyak RM14 juta daripada KPKT bagi pelaksanaan 28 projek Taman Awam dan Taman Rekreasi MADANI di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#projek landskap
#pbt
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami