awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Putin berharap konflik Israel-Iran kini 'tinggal sejarah'
MALAYSIA
Titah Yang di-Pertuan Agong sempena Maal Hijrah 1447 H
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Penyasaran subsidi elak ketirisan, pastikan rakyat layak, nikmati manfaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kerajaan digesa laksana langkah tegas pengharaman vape, cegah mudarat meningkat - MCTC

Bernama
Bernama
26/06/2025
21:00 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan digesa laksana langkah tegas pengharaman vape, cegah mudarat meningkat - MCTC
MCTC menggesa kerajaan untuk mengambil langkah tegas dalam melaksanakan pengharaman rokok elektronik (vape) secara menyeluruh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa kerajaan untuk mengambil langkah tegas dalam melaksanakan pengharaman rokok elektronik (vape) secara menyeluruh.
Hal itu susulan peningkatan kemudaratan akibat vape khususnya membabitkan remaja selain ancaman jenayah terancang.
Setiausaha Agung MCTC, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pihaknya menyedari langkah tersebut tidak boleh dilakukan serta-merta kerana kekangan beberapa perkara termasuk isu stok namun langkah awal perlu diambil bermula dengan pengharaman promosi.
Beliau berkata, Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024) yang telah berkuat kuasa menyediakan asas kukuh untuk penguatkuasaan terhadap iklan, promosi dan jualan dalam talian produk vape termasuk produk yang mengandungi dadah terkawal atau bahan terlarang lain.
"Apabila iklan mempromosi vape ini yang disiarkan secara terang-terangan, masyarakat akan mempunyai tanggapan bahawa bahan itu adalah 'halal'.
"Jika di kedai fizikal, kita faham kerana pengharaman perlukan masa dan kos untuk mengubah suai rak penjualan yang dipamerkan. Tetapi untuk iklan di papan elektronik, di kedai ataupun paparan sebelah lebuh raya, hanya perlu arahan mengeluarkannya daripada siaran namun tetap tidak dihentikan sehingga kini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media 'dadah dalam vape' sempena sambutan Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram Sedunia 2025 dan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Pejabat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Majlis Anti Dadah Kebangsaan, Hashim Anang yang juga Pengerusi Biro Media dan Promosi PEMADAM Kebangsaan.
Muhammad Sha'ani berkata, walaupun menyedari vape itu haram, masih ramai dalam kalangan pelajar berani membawanya secara sembunyi ke sekolah dengan menyimpan alat itu di bawah tempat duduk motosikal bersama telefon bimbit.
"Sebelum ini, pernah ada kes pelajar tingkatan dua di Perlis didapati khayal selepas menghisap vape 'mushroom' sehingga terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sekolahnya. Keadaannya kemudian jadi tidak terkawal dan meracau sehinggakan pihak sekolah terpaksa hubungi polis," katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan tidak sewajarnya memberi ruang kepada pemain industri vape untuk berunding kerana ia hanya menguntungkan satu pihak sahaja sedangkan bahan itu memudaratkan kesihatan dan meninggalkan kesan negatif kepada golongan muda khasnya.
Lebih membimbangkan katanya hasil rampasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati cecair peranti itu bukan hanya mengandungi nikotin malah turut dicampurkan dadah.
"Kita telah menyatakan komitmen dengan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau 2003 (FCTC) bahawa industri tembakau akan ditutup pada satu masa kelak dan Malaysia telah tetapkan pada 2040 sebagai 'Tobacco Endgame 2040'.
"Oleh itu, komitmen sama perlu ada untuk tamatkan (endgame) vape juga kerana ini bukan sebarangan perniagaan, ia adalah satu ancaman pada kesihatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCTC
#pengharaman vape
#rokok elektronik
#langkah tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami