awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Putin berharap konflik Israel-Iran kini 'tinggal sejarah'
MALAYSIA
Titah Yang di-Pertuan Agong sempena Maal Hijrah 1447 H
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Penyasaran subsidi elak ketirisan, pastikan rakyat layak, nikmati manfaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2025
20:45 MYT
Sponsor Banner
Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah
Nurul Izzah meminta kerajaan mempertimbangkan penyertaan murid seawal tahun satu dalam gerakan Pengakap sebagai usaha awal memupuk nilai kepimpinan. - Gambar Pengakap
KUALA LUMPUR: Malaysia disarankan mempertimbangkan penyertaan murid seawal tahun satu dalam gerakan Pengakap sebagai usaha awal memupuk nilai kepimpinan, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan generasi muda.
Pengerusi Eksekutif Polity, Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu selari dengan amalan positif yang telah dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Maldives dan Hong Kong.
“Saya fikir elok juga kita lihat dan pertimbangkan penyertaan kanak-kanak seawal tahun satu dalam aktiviti kepengakapan. Ini telah pun dilakukan di pelbagai negara dan hasilnya sangat memberangsangkan.
“Nilai-nilai dalam Pengakap sangat positif, bukan sahaja membentuk kepimpinan di sekolah tetapi juga menyumbang kepada pembinaan sahsiah yang seimbang,” katanya ketika berucap pada Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik 2025, di sini, pada Khamis.
Bengkel berkenaan berlangsung selama tiga hari sehingga 29 Jun dan menghimpunkan pemimpin muda Pengakap dari seluruh rantau Asia-Pasifik bagi memperkukuh peranan gerakan Pengakap dalam pembangunan komuniti serta advokasi sosial secara mampan dan inklusif.
Turut hadir, Ketua Pengakap Negara, Mej. Jen. Datuk Prof. Dr. Mohd Zin Bidin; Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahmad Sabri Saad.
Dalam ucapannya, Nurul Izzah turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai bekas ahli Pengakap yang telah mencorakkan pandangan hidup serta prinsip yang dipegang hingga kini.
“Saya masih ingat aktiviti awal dalam Pengakap seperti belajar berdikari di hutan dan membantu masyarakat. Ia mendidik kita bercakap benar dan sentiasa memberi nilai-nilai ini menjadi panduan dalam banyak keputusan penting dalam hidup saya,” katanya.
Beliau turut menyeru agar gerakan Pengakap diperkukuh dengan sokongan pelbagai pihak termasuk alumni yang kini aktif dalam pelbagai sektor profesional.
“Saya ingin mengajak semua pihak untuk terus merancakkan penyertaan anak-anak muda dalam Pengakap. Malah, mungkin kita boleh pertimbang keanggotaan seumur hidup bagi mereka yang mahu terus menyumbang,” katanya.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Kanak-kanak
#Pengakap
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami