Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagaimana yang telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu.
Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan selain yakin mempunyai kapasiti pusat kuarantin dan kepakaran perubatan yang mencukupi.
Dalam menjayakan PKPB di negeri ini, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta Pejabat Kesihatan Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara Johor akan bekerjasama, katanya kepada pemberita di pejabatnya pada Isnin.
Mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan pusat, Hasni berkata pengubahsuaian SOP boleh dibuat sekiranya PBT mendapati terdapat keperluan berbuat demikian.
"Kami dimaklumkan kerajaan persekutuan bahawa kami tidak perlu mengikuti langkah itu sepenuhnya ..ia bergantung kepada kapasiti setiap pihak berkuasa.
"Sekiranya sesuatu SOP itu berkehendakkan ia dilakukan pengubahsuaian, maka pihak kerajaan memberi kuasa untuk PBT berbuat demikian," katanya.
Selain itu, Hasni berkata kerajaan negeri akan menumpukan kepada penjagaan di kawasan sempadan negeri kerana Johor mempunyai banyak pintu masuk selain berjiran dengan Singapura.
"Kita telah pun memastikan bahawa agensi berkaitan mempunyai tenaga yang cukup dan telah meneliti SOP yang ditetapkan kerajaan persekutuan serta berdasarkan keupayaan yang ada pada semua agensi termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi berkaitan... maka SOP yang ditetapkan itu membolehkan kawalan sempadan yang ketat di Johor," kata beliau.
Selain itu, Johor mengambil inisiatif membangunkan aplikasi 'Jejak Johor' untuk memantau pergerakan individu bagi tujuan keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Hasni berkata berkata kerajaan negeri sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. - Bernama
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.