awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel dakwa serang 1,100 sasaran di Iran dalam tempoh lima hari
POLITIK
Bila DUN akan bubar, biar saya yang fikir - Hajiji
MALAYSIA
Lelaki dipenjara 40 tahun, 24 sebatan bunuh ibu bapa di Kampung Sg Penchala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes salah laku, tatatertib Polis Kelantan meningkat

Bernama
Bernama
18/06/2025
06:10 MYT
Kes salah laku, tatatertib Polis Kelantan meningkat
Mohd Yusoff berkata trend itu perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, sambil menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap sebarang isu berkaitan integriti dalam pasukan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes salah laku dan tatatertib dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini.

Ringkasan AI
  • Ketua Polis Kelantan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes salah laku dan tatatertib dalam kalangan anggota PDRM, dengan 41 kertas siasatan dibuka dari Januari hingga Mei 2025.
  • Beliau menegaskan kepentingan integriti dan pematuhan terhadap arahan keselamatan senjata api, serta pelaksanaan penilaian psikologi secara berkala untuk memastikan kesihatan mental anggota.
  • Kebimbangan turut disuarakan berikutan lima kes bunuh diri dalam kalangan anggota tanpa rekod awal masalah psikologi, dan penyelia diminta lebih peka terhadap tanda-tanda tekanan atau kemurungan.

Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Beliau berkata trend itu perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, sambil menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap sebarang isu berkaitan integriti dalam pasukan.
"Saya ingin mendedahkan bahawa sebanyak 11 kertas enkuiri tatatertib dan 30 kertas siasatan tatatertib telah dibuka sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
"Mana-mana pegawai atau anggota yang didapati terlibat dalam lapan bentuk salah laku akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, selaras dengan prinsip keadilan dan ketelusan jabatan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan PDRM Kelantan bagi bulan Jun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Mohd Yusoff berkata integriti merupakan asas utama dalam mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua anggota supaya mematuhi sepenuhnya Arahan Penggunaan dan Penjagaan Keselamatan Senjata Api sebagaimana termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A144.
Katanya, kriteria kelayakan dan instrumen penilaian aspek psikologi perlu dilaksanakan secara berkala, termasuk perakuan sihat dari segi fizikal dan mental serta bebas daripada tekanan yang melampau.
Mohd Yusoff turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesejahteraan mental anggota susulan lima kes bunuh diri yang direkodkan setakat ini, tanpa sebarang rekod awal berhubung masalah psikologi atau sesi kaunseling.
"Saya mahu setiap penyelia lebih peka. Sekiranya terlihat perubahan kecil sekalipun, bertindaklah segera. Jangan pandang ringan tanda-tanda awal tekanan atau kemurungan," katanya.
Beliau berkata kesejahteraan warga PDRM dari aspek psikologi dan kebajikan asas perlu sentiasa dipelihara bagi mengelakkan tekanan kerja yang berlarutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#isu disiplin
#masalah tatatertib
#Mohd Yusoff Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami