awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang

Bernama
Bernama
27/04/2024
10:09 MYT
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil. - Gambar hiasan
KLUANG: Kerajaan Johor akan memastikan masalah "tidak cukup" air yang berlaku di negeri ini terutamanya ketika musim perayaan tidak lagi berulang dengan merangka beberapa langkah penyelesaian.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata walaupun masalah bekalan utiliti berkenaan yang berlaku pada Aidilfitri lepas tidak seburuk tahun lepas, ia tetap mengganggu kelancaran lebaran bagi mereka yang terlibat.
Beliau berkata kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil termasuk menambah baik sistem yang ada.
"Saya dengar antara kawasan yang teruk mengalami masalah air ialah daerah Kluang, hampir dua minggu ketika raya berhadapan dengan masalah air, setiap masa saya rasa risau dan kalau boleh masalah ini selesai segera.
"Untuk mengatasi masalah ini, saya bukan sahaja berbincang dengan Ahli Majis Mesyuarat Kerajaan negeri tetapi juga dengan orang yang berpengalaman seperti Datuk Seri Hasni Mohamad (Ahli Parlimen Simpang Renggam) dan beberapa yang lain," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Simpang Renggam di Pusat Perdagangan Majlis Daerah Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.
Selain masalah bekalan air, Onn Hafiz berkata pentadbirannya akan cuba mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap kali musim tengkujuh.
Beliau berkata beberapa langkah telah diambil dan dilaksanakan secara berperingkat antaranya membina projek tebatan banjir di empangan.
"Kita tidak mahu setiap kali datangnya musim hujan atau tengkujuh, banjir berlaku sekali gus menyebabkan rakyat di negeri ini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masalah bekalan air
#musim perayaan
#Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan