JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia@Johor) merangka Garis Panduan Perancangan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor bagi menyelaras serta memantau perancangan pembangunan pusat data.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han menerusi hantaran di Facebook berkata inisiatif itu dilaksanakan sebagai panduan dan rujukan yang seragam kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor (JPPDNJ) itu, semalam.
Beliau berkata antara fungsi jawatankuasa itu termasuk memberi nasihat mengenai hal berkaitan pembangunan pusat data sebelum permohonan dipertimbangkan PBT dan membuat pengesyoran bagi pembangunan pusat data di bangunan sedia ada atau terbiar.
"Ahli jawatankuasa JPPDNJ terdiri daripada agensi negeri dan Persekutuan termasuk Bahagian Perancangan Ekonomi Johor, Invest Johor, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ranhill SAJ, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar serta Plan Malaysia yang bertindak sebagai sekretariat," katanya.
Lee berkata jawatankuasa itu memutuskan agar pusat-pusat data di Johor perlu memberikan fokus kepada penggunaan teknologi yang boleh diperbaharui selain menjimatkan tenaga elektrik serta air dengan penggunaan yang efisien.
"Dalam hal ini, kerajaan negeri akan tetap meneruskan polisi mesra pelaburan memandangkan pembangunan pusat data merupakan antara keperluan utama dalam peningkatan penggunaan teknologi dan digital kesan daripada perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Kecerdasan Buatan (AI) yang dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan agensi Persekutuan seperti MIDA dan MDEC antaranya untuk mengembangkan ekosistem digital serta menarik pelaburan syarikat teknologi berkaitan dan berasaskan AI ke Johor.
Hal itu katanya akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang teknologi, kejuruteraan, pengurusan data dan sokongan infrastruktur.
Menurut Lee sembilan pusat telah berjaya dilaksanakan dengan jumlah kapasiti hampir 1,280 Megawatt (MW) setakat ini, manakala enam projek dalam pembinaan dengan unjuran kapasiti hampir 1,490 MW, selain lebih 30 projek di pelbagai peringkat perbincangan dan kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
Lee mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor semalam. - Facebook Lee
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Johor rangka garis panduan pembangunan pusat data negeri
Inisiatif itu dilaksanakan sebagai panduan dan rujukan yang seragam kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi terlibat.