ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor sedang merangka program khas untuk anak-anak yatim atau yatim piatu di negeri ini yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 bagi membantu menjaga kebajikan mereka pada masa depan.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata perkara berkenaan antara yang diberi tumpuan dalam perbincangan Retreat Belanjawan Johor 2022 bersama barisan exco kerajaan negeri pada 29 Sept lepas.
"Kita ada program untuk mereka, cuma kini dalam peringkat memperhalusi beberapa pilihan yang ada dan saya yakin ia bertujuan menjaga kebajikan anak-anak tersebut serta meringankan beban keluarga yang dipertanggungjawabkan.
"Anak-anak yatim atau yatim piatu ini perlu disantuni kerana keadaan kehilangan ibu bapa mereka berbeza dengan biasa.
"Oleh kerana luar biasa musibah yang menimpa, kerajaan negeri akan memikirkan satu program khusus untuk mereka," katanya selepas Majlis Pelancaran Modul Jauhar dan Perasmian Jauhar Child Care (JCC), di sini pada Selasa.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan program khas untuk anak-anak yatim atau yatim piatu tersebut sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan pada 10 Okt ini.
Mengenai JCC, Hasni berkata pusat jagaan kanak-kanak yang dibina dengan kos RM900,000 itu, mampu menerima 50 kanak-kanak berusia daripada 12 bulan sehingga empat tahun.
Katanya JCC merupakan program di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT), bertujuan menempatkan anak-anak yang ibu bapa mereka bekerja di sekitar kawasan Kota Iskandar.
"Pelatih di JCC ini akan menggunakan modul disediakan YPKDT. Pusat jagaan kanak-kanak ini akan menjadi tanda aras kepada kerajaan negeri sebelum dibangunkan di daerah lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021
Hasni berkata perkara berkenaan antara yang diberi tumpuan dalam perbincangan Retreat Belanjawan Johor 2022 bersama barisan exco kerajaan negeri pada 29 Sept lepas. -BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.