JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam proses menyediakan Modul Dewan Pakar Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai rujukan orang ramai, sekali gus sebagai usaha mengatasi masalah ajaran sesat di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata modul berkenaan akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum diterbitkan.
"Bilakah (tarikh) pelaksanaannya, saya akan umumkan selepas disembah maklum dan mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurut Mohd Fared, sejak 1979 sehingga tahun lepas, sebanyak 42 ajaran sesat dikesan di negeri itu termasuk Isa Bin Hussein, Ayah Guru Gunung, Suhaini Mohamad, Hizbut Tahrir, Wahabi, Kumpulan Layar Bahtera, Milah Ibrahim dan Ilmu Ma'rifat.
"Majlis Fatwa Negeri Johor meneliti setiap ajaran yang berlangsung di negeri ini, mana-mana yang tidak bersamaan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, menyimpang itu dikategorikan sebagai ajaran sesat," katanya.
Sementara itu, Mohd Fared berkata pihaknya akan menghasilkan Modul Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dalam usaha menghimpunkan sistem pendidikan agama di Johor.
Terdahulu ketika berucap, Onn Hafiz berkata Kerajaan Negeri Johor merancang menyediakan kemudahan WiFi di lebih 800 masjid dan surau dalam usaha mengimarahkan pusat ibadah umat Islam di negeri itu.
Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang memperhalusi agar setiap pelajar tahfiz di Johor diwajibkan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain pelajar sekolah agama perlu khatam al-Quran pada darjah enam.
Katanya, langkah itu bertujuan melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa sekali gus membantu dalam memacu Johor ke arah kemajuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Mohd Fared berkata modul berkenaan akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum diterbitkan. - Bernama
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Asmadi berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah.
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.
Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
Cubaan hidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin dalam perhatian
Ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.
Falsafah 'Ahmadi' jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM
Mohamed Azam berkata, ajaran tersebut tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis.