awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor semak balik larangan ke atas 16 penceramah bebas

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2018
12:27 MYT
Johor semak balik larangan ke atas 16 penceramah bebas
Aminolhuda (dua, kanan) memberikan pek makanan kepada penumpas bas sempena Program Salam Musafir di Terminal Larkin. -Foto Sinar Harian
Kerajaan negeri akan mempertimbang dan menyemak semula senarai 16 penceramah bebas yang dilarang berceramah di Johor sebelum ini.
Exco Agama dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata usaha tersebut adalah bagi membolehkan saringan dilakukan untuk melihat semula sama ada larangan terhadap kesemua penceramah tersebut relevan dikekalkan atau sebaliknya.
"Dengan pentadbiran kerajaan baharu di Johor kini, kita akan semak balik maksudnya melihat semula daripada segi kewajaran penceramah tersebut dilarang. Sekiranya mereka masih wajar dilarang, kita teruskan dengan apa yang telah diputuskan di peringkat awal.
"Untuk semakan itu, kita akan lihat macam mana penyampaian ceramah agamanya sebelum-sebelum ini ataupun kita panggil mereka untuk ditemu duga. Mungkin selama ini kita hanya dengar isunya daripada pihak-pihak lain sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Salam Musafir di Terminal Larkin, di sini, sebentar tadi.
Kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini melarang 16 penceramah bebas menyampaikan ceramah atau mengajar di Johor kerana didakwa tidak sesuai serta bimbang tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Antara penceramah berkenaan ialah Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari.
Sementara, Aminolhuda berkata, kerajaan negeri yakin kutipan zakat yang disasarkan sejumlah RM270 juta mampu dicapai menjelang penghujung tahun ini.
Katanya, keyakinan itu hadir selepas kutipan zakat yang diperolehi tahun lalu sejumlah RM250 juta, melebihi sasaran yang ditetapkan.
"Setakat ini kita telah mengutip sebanyak RM95 juta menerusi pelbagai pembayaran zakat seperti zakat perniagaan, harta, dan sebagainya.
"Sehingga 31 Mei, kita juga telah mengagihkan kutipan zakat yang diperoleh terdahulu sejumlah RM112 juta dan diagihkan kepada golongan memerlukan," katanya.
Topic Berkaitan
#Aminolhuda Hassan
#Barisan Nasional
#Exco Agama dan Pendidikan
#Majlis Salam Musafir
#penceramah bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan