ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri sedang berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), untuk membantu mempercepatkan projek membaik pulih paip lama, bagi mengatasi masalah bekalan air terjejas ketika kerja baik pulih paip di Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata buat masa ini, tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000 kilometer (km) paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.
"Peruntukan yang kita dapat sebanyak RM280 juta setahun, (namun ia) hanya boleh menggantikan (paip lama) lebih kurang 234km setahun dan apabila kita membuat kiraan kasar, kita memerlukan dalam 10 tahun lagi...nak tunggu 10 tahun ini bukan sekejap," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini pada Khamis.
Tambah Mohamad Fazli (BN-Bukit Pasir), beliau telah pun berjumpa wakil SPAN bagi menyatakan permasalahan itu.
"Jadi nanti kita akan periksa apa yang kita boleh (minta) bantu (SPAN), untuk mendapatkan lebih dana untuk mempercepatkan projek ini jalan lebih cepat, mungkin daripada 10 tahun jadi lima tahun," katanya.
Mohamad Fazli berkata secara keseluruhan, Johor mempunyai kira-kira 26,000km paip utama, yang daripada jumlah itu terdapat 6,000km paip lama berusia antara 30 hingga 40 tahun dan sering mengalami kerosakan termasuk mudah pecah ketika kerja-kerja pembaikan, sekali gus menjejaskan bekalan air kepada penduduk sekitar.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan negeri turut mencari langkah jangka pendek iaitu meminta Ranhill SAJ Sdn Bhd, untuk melihat kaedah baharu membaik pulih paip lama yang mengalami kerosakan bagi mengurangkan jumlah pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air.
"Paip lama sepanjang 20,000km sudah dibaiki dan diperbaharui, namun 6,000km lagi (kerja-kerja baik pulih) belum bermula. Ranhill SAJ sedang usahakannya dan mencari kaedah mengatasi atau mengurangkan paip-paip terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah paip lama yang perlu dibaik pulih bagi memastikan bekalan air untuk rakyat negeri ini tidak terjejas.
Berhubung langkah mengatasi banjir kilat berulang di Lebuhraya Pasir Gudang, Mohamad Fazli berkata pihaknya telah mendapatkan peruntukan daripada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk meninggikan tebing Sungai Rinting dan membina dua pintu air yang telahpun dilaksanakan pada tahun ini.
"Pada masa sama, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor sedang membuat kajian berkaitan tebatan banjir di kawasan tersebut serta kajian dan rekabentuk (design) itu dijangka siap pada tahun depan. Jika diluluskan kerja-kerja (baik pulih) boleh mula dilakukan pada suku keempat tahun depan," katanya.
Isnin lepas, media melaporkan hujan lebat berterusan selama dua jam sejak pukul 1 tengah hari mengakibatkan beberapa kawasan termasuk Lebuhraya Pasir Gudang di Pasir Gudang dinaiki air.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Secara keseluruhan, Johor mempunyai kira-kira 26,000km paip utama, yang daripada jumlah itu terdapat 6,000km paip lama berusia antara 30 hingga 40 tahun dan sering mengalami kerosakan. - Foto fail/BERNAMA

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Skim Pembiayaan Pinjaman PKS, Perusahaan Mikro Negeri Johor dimuktamad bulan depan
Inisiatif Skim Pembiayaan Pinjaman Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Negeri Johor bagi membantu golongan terbabit, dijangka dapat dimuktamadkan pada bulan depan.

Kerajaan Negeri terus pantau situasi banjir, utamakan keselamatan rakyat - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan terus memantau situasi banjir di negeri ini terutama keselamatan rakyat serta memastikan keadaan terkawal setiap masa.

Jambatan Sungai Pulai jadikan Pontian sebagai hab sosioekonomi baharu - MB Johor
Pembukaan Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Gelang Patah ke Tanjung Bin, Pontian mulai petang ini dijangka dapat melonjakkan Pontian sebagai hab sosioekonomi baharu.

Johor, SPAN bincang percepat baik pulih 6,000km paip lama
Tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000km paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.

DUN Johor rakam ucapan tahniah kepada PM Anwar
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Johor bentang Belanjawan 2023 esok
Belanjawan berkenaan boleh ditonton menerusi saluran televisyen Astro Awani, Facebook rasmi Bernama dan Facebook rasmi beliau.

Onn Hafiz mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat pentadbiran Johor
Onn Hafiz berkata, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pembangunan Johor selari dengan kerajaan Pusat - Onn Hafiz
Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri ini akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Johor catat pelaburan RM60.9 bilion, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Johor mencatatkan pelaburan paling tinggi dalam negara bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini iaitu sebanyak RM60.9 bilion.

Lukis potret 'Negarawan Johor' bukan arahan kerajaan negeri
Pertandingan seumpama itu yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan adalah insiatif sekolah terbabit.