awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor teliti cadangan naik taraf kemudahan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup

Bernama
Bernama
13/03/2021
03:08 MYT
Johor teliti cadangan naik taraf kemudahan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup
Pelbagai kemudahan turut boleh dimajukan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup antaranya kompleks bebas cukai dan hotel. - Foto fail
PONTIAN: Kerajaan Negeri Johor sedang meneliti cadangan untuk menaik taraf Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup dekat Pontian bagi merancakkan ekonomi masyarakat setempat.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri sedang meneliti pelbagai kemudahan lain dalam usaha menjadikan Kukup sebagai mercu tanda pelancongan yang setanding dengan pintu-pintu masuk lain di negeri ini.
Beliau berkata pelbagai kemudahan turut boleh dimajukan di kawasan itu antaranya kompleks bebas cukai dan hotel.
"Mungkin kami akan tambah lagi, bukan sekadar kompleks untuk kastam dan imigresen sahaja, sepatutnya ada kemudahan untuk kegunaan yang lain.
"Kalau jeti di sebelah Desaru (Kota Tinggi) dicadangkan untuk dijadikan zon bebas cukai, kenapa tidak di Kukup? Kalau di pintu masuk lain ada kemudahan penginapan tiga hingga lima bintang, mengapa tidak di Kukup?" katanya.
Hasni berkata demikian pada majlis penyampaian keputusan permohonan pembayaran lesen pendudukan sementara (TOL) bagi penternak ikan sangkar di Kukup, dekat sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai.
Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata semua usaha berkenaan akan dilakukan tanpa mengubah tarikan sedia ada di kawasan Kukup yang terkenal dengan industri penternakan ikan dalam sangkar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup
#Pontian
#Hasmi Mohammad
#bebas cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan