awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor teliti semula SOP keselamatan tapak perkhemahan

Bernama
Bernama
18/12/2022
10:14 MYT
Johor teliti semula SOP keselamatan tapak perkhemahan
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Gambar fail/ Bernama
KOTA TINGGI: Kerajaan Johor akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan di tapak perkhemahan, bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pihaknya kini juga sedang mendapatkan senarai kawasan-kawasan tapak perkhemahan di kesemua 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Kerajaan Negeri akan lihat bagaimana 16 PBT ini termasuk juga Jabatan Perhutanan dan agensi lain, untuk lihat balik SOP, untuk aktiviti perkhemahan yang akan datang," katanya kepada media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili, di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah yang akan diambil kerajaan negeri berhubung pengoperasian tapak perkhemahan di Johor susulan bencana alam iaitu tragedi tanah runtuh di Batang Kali.
Mohd Jafni berkata kebenaran bagi aktiviti perkhemahan seperti di kawasan hutan lipur berada di bawah kendalian Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), manakala kawasan pantai pula di bawah PBT.
Beliau berkata walaupun setiap kawasan tapak perkhemahan mempunyai risiko yang berbeza, kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi memastikan langkah keselamatan menjadi keutamaan.
Sebelum ini, JPNJ dilaporkan sebagai berkata kesemua Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di dalam hutan simpan kekal di negeri itu, ditutup kepada orang awam mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#tanah runtuh
#Johor
#sop tapak perkhemahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan