KULAI: Permintaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Johor untuk menaikkan harga Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) hingga 100 peratus, tidak diterima kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata desakan itu yang diterima sejak tahun lepas ditolak kerana ia akan membebankan bakal pembeli rumah yang berpendapatan rendah khususnya golongan B40.
Bagaimanapun Mohd Jafni berkata mengambil kira faktor kos harga barang yang naik 30 hingga 40 peratus, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) mencapai kesepakatan menaikkan harga RMMJ bagi kategori A dan B, manakala kategori C dikekalkan pada harga sedia ada.
Katanya PKPJ bersetuju menaikkan harga RMMJ kategori A daripada RM42,000 kepada RM50,000 dan kategori B daripada RM80,000 kepada RM100,000.
"Rumah kategori C pula dikekalkan kepada RM150,000. Ini adalah langkah yang terbaik untuk memberi situasi menang-menang kepada pemaju dalam masa sama tidak membebankan pembeli," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Program J-Home One Stop Centre Rumah Mampu Milik Jenis C Taman Bandar Putra di Dewan Bandar Putra di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Jafni berkata bakal pembeli dan pembeli sedia ada RMMJ, dapat melihat progres perumahan yang sedang dibina dan baharu tanpa perlu ke tapak pembinaan menerusi Johor Real Estate Information Centre (JREIC) yang akan dilancarkan Mac depan.
"Kita mewajibkan semua pemaju untuk memasukkan progres pembinaan rumah ke dalam dashboard JREIC ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri juga sedang merancang menyelesaikan masalah 8,970 penduduk setinggan yang masih menduduki penempatan haram di negeri itu.
Menurutnya, proses itu melibatkan pelbagai peringkat dan mengambil masa kerana tapak tanah yang diduduki mereka dimiliki pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.
"Bagi orang tempatan yang menduduki kawasan setinggan, biasanya kami bincang tawar rumah lain contohnya PPR (Program Perumahan Rakyat). Proses ini sedang berjalan dan tertumpu di kawasan tepi sungai khasnya di Skudai dan Tebrau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Mohd Jafni berkata desakan itu yang diterima sejak tahun lepas ditolak kerana ia akan membebankan bakal pembeli rumah yang berpendapatan rendah khususnya golongan B40. - Gambar fail

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Johor tolak permintaan REHDA naikkan harga rumah mampu milik 100 peratus
Permintaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Johor untuk menaikkan harga Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) hingga 100 peratus, tidak diterima kerajaan negeri.