Johor transformasi Pasar Nanyang kepada klinik dengan kos RM4 juta

Klinik Kesihatan Sultan Ismail, yang sebelum ini berfungsi sebagai sebuah pasar, kini beroperasi sebagai klinik selepas melalui kerja-kerja pengubahsuaian. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM4 juta dalam mentransformasikan Pasar Nanyang di kawasan Mount Austin di sini kepada Klinik Kesihatan Sultan Ismail (Unit Ibu dan Anak).
Ringkasan AI
- Kerajaan negeri Johor peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk ubahsuai Pasar Nanyang kepada Klinik Kesihatan Sultan Ismail (Unit Ibu dan Anak) di Mount Austin.
- Klinik baru ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember dan akan membantu mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Sultan Ismail yang biasanya menerima 1,500 pesakit setiap hari.
- Langkah ini diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, terutama dalam rawatan bayi dan ibu mengandung, serta mengurangkan bilangan kenderaan yang beratur di klinik kesihatan sedia ada.
"Oleh itu, kami bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil keputusan mentransformasikan bangunan, yang kira-kira dua tahun tidak digunakan ini menjadi klinik yang akan dijadikan sebagai projek perintis serta copy and paste ke tempat atau pun klinik-klinik lain yang berlaku kesesakan.
"Kami telah bayar sewanya selama 10 tahun dengan kos RM2.4 juta manakala untuk menaik taraf (RM1.08 juta) selain RM760,000 pula bagi pembelian peralatan. Oleh itu, kerajaan negeri membelanjakan tidak kurang daripada RM4 juta untuk inisiatif ini," katanya selepas melawat Decanting KKSI di sini hari ini.
Ling berkata rawatan bayi dan PPUS telah dipindahkan ke klinik baharu itu pada 1 Dis lepas manakala bagi ibu mengandung pula pada 15 Dis ini.
"Setiap hari KKSI menerima anggaran sehingga 500 ibu mengandung dan bayi yang akan mendapatkan rawatan. Oleh itu kami telah berjaya mengalihkan perkhidmatan berkenaan ke sini (klinik baharu), yang akan berlaku pengurangan pesakit di KKSI.
"Kedua kami alihkan PPUS, iaitu sekurang-kurangnya 200 kenderaan akan pergi ke KKSI untuk beratur bagi pengambilan ubat mereka. Justeru, dengan adanya inisiatif ini, pesakit dapat menikmati persekitaran yang lebih selesa dan kondusif, selain pengurangan bilangan kenderaan yang beratur untuk pengambilan ubat di KKSI," katanya.
Ling berkata kerajaan negeri dan JKNJ sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa, kondusif dan profesional kepada masyarakat setempat termasuk melalui pengalihan sebahagian perkhidmatan ke klinik baharu bagi mengurangkan kesesakan di KKSI.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


