ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 April 2026.
1. Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya baharu SPRM
Advertisement
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
2. Lagi individu disiasat MCMC, sebar berita palsu diesel ke Filipina
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.
3. Kerajaan pertimbang turunkan cukai jalan kenderaan diesel - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan yang menggunakan diesel dalam tempoh terdekat sebagai langkah mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga bahan api tersebut.
4. Padini mulakan semakan dalaman berhubung pembekuan akaun oleh SPRM
Peruncit pakaian, Padini Holdings Bhd telah memulakan semakan dalaman bagi menilai keadaan berhubung pembekuan beberapa akaun bank yang dikenal pasti milik syarikat dan anak syarikatnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
5. Abdul Halim sesuai menakhodai SPRM, pelantikan dua tahun - PM Anwar
Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu disifatkan sesuai untuk menakhodai agensi berkenaan.
6. Letupan mercun: Penganjur, peserta perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ akan dipanggil - Polis
Polis akan memanggil penganjur dan peserta perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan mercun di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini, yang mencetuskan kekecohan.
7. Rafizi tuntut RCI siasat isu Azam Baki, gesa reformasi institusi
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, antara tuntutan utama yang disuarakan dalam perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’, petang Sabtu.
8. 70 peratus penagih di Malaysia terlibat dadah sintetik, AADK siap sedia tangani ancaman - KP
Kadar penagihan dadah jenis sintetik di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan apabila menyumbang kepada 70 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih di seluruh negara.
9. Pocket Rocketman gegar Nilai, tumbangkan juara dunia keirin
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang mencipta sensasi di laman sendiri selepas menjuarai acara keirin lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional, Nilai di sini, malam ini.
10. SPRM kenal pasti 40 saksi kes penyelewengan dana NGO di Selangor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti 40 saksi berkaitan siasatan kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor.