awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi dan isteri berlepas ke Brunei

Bernama
Bernama
07/02/2015
03:54 MYT
Jokowi dan isteri berlepas ke Brunei
Jokowi dan isteri berlepas ke Brunei
Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Iriana berlepas ke Brunei Darussalam dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pada 8.45 pagi ini selepas menamatkan lawatan negara sulung ke Malaysia sejak Khamis.
Turut hadir di Kompleks Bunga Raya untuk menghantar presiden Indonesia itu yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Lawatan Jokowi, yang dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Okt tahun lepas, adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Antara hasil lawatan sulung Jokowi itu ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Proton Holdings Bhd dengan PT Adiperkasa Citra Lestari (PT ACL) dari Indonesia semalam bagi membantu syarikat itu membangunkan dan mengeluarkan kereta nasional Indonesia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi di Putrajaya semalam. Ia diikuti mesyuarat delegasi.
Antara isu yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia dalam mesyuarat itu, mewujudkan duta khas bagi mengadakan rundingan penerokaan bagi persempadanan maritim, hanya satu saluran digunakan bagi pengambilan pembantu rumah Indonesia dan mewujudkan Sekolah Indonesia di Sarawak.
Ia bagi memberi pendidikan kepada anak-anak pekerja Indonesia di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Brunei
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan