awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
Mek Mulung Afrot: Asmidar perkukuh misi pelestarian JKKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026

Bernama
Bernama
05/01/2026
14:00 MYT
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Wan Ahmad Dahlan berkata JPA turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap dasar kerajaan dilaksanakan secara berkesan, demi kesejahteraan rakyat. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) komited untuk melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan agar lebih pantas, cekap dan berorientasikan rakyat, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ringkasan AI
  • JPA komited untuk melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan agar lebih pantas, cekap, dan berorientasikan kepada rakyat berdasarkan Amanat Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Komitmen JPA termasuk kenaikan gaji pegawai awam, pendigitalan kerajaan, serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berkesan untuk kesejahteraan rakyat.
  • Perdana Menteri Anwar menekankan pelaksanaan sistem digital dan empat perundangan baharu termasuk had tempoh jawatan Perdana Menteri, pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, penubuhan Ombudsman, serta Kebebasan Maklumat (FOI) bagi merangkumi hala tuju reformasi institusi di bawah Kerajaan MADANI.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata komitmen itu selaras dengan hala tuju yang digariskan dalam Amanat Tahun Baharu 2026 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Beliau berkata Amanat Perdana Menteri 2026 itu memberikan panduan yang jelas kepada perkhidmatan awam sebagai pemangkin utama aspirasi Malaysia MADANI.
"Selaras dengan pelaksanaan kenaikan gaji pegawai awam dan agenda pendigitalan kerajaan, JPA komited untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agar lebih pantas, cekap dan berorientasikan rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Ahmad Dahlan berkata JPA turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap dasar kerajaan dilaksanakan secara berkesan, demi kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata JPA turut menyokong penuh penekanan terhadap reformasi institusi, integriti serta tadbir urus berteraskan ketelusan dan akauntabiliti.
Terdahulu, Anwar dalam perutusan Tahun Baharu menyatakan pelaksanaan sistem digital akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Beliau turut mengumumkan empat perundangan baharu akan dibentangkan di Parlimen tahun ini, sekali gus mencerminkan hala tuju reformasi institusi di bawah Kerajaan MADANI.
Empat Rang Undang-Undang (RUU) itu ialah had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh, pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, penubuhan Ombudsman, Kebebasan Maklumat (FOI).
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah komitmen utama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam memperbaiki penyampaian perkhidmatan awam? A: JPA komited untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agar lebih pantas, cekap, dan berorientasikan rakyat.
  • Q: Apakah yang menjadi panduan utama bagi perkhidmatan awam mengikut Amanat Tahun Baharu 2026? A: Amanat Perdana Menteri 2026 memberikan panduan yang jelas kepada perkhidmatan awam sebagai pemangkin utama aspirasi Malaysia MADANI.
  • Q: Apakah aspek penting yang ditekankan oleh JPA dalam pelaksanaan dasar kerajaan? A: JPA menegaskan komitmen untuk memastikan setiap dasar kerajaan dilaksanakan secara berkesan, demi kesejahteraan rakyat.
  • Q: Apakah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkenaan sistem digital dan reformasi institusi? A: Anwar mengumumkan pelaksanaan sistem digital untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, serta empat perundangan baharu termasuk had tempoh jawatan Perdana Menteri, pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, penubuhan Ombudsman, dan Kebebasan Maklumat (FOI).
  • Q: Bagaimanakah JPA menyokong penekanan terhadap reformasi institusi, integriti, tadbir urus ketelusan, dan akauntabiliti? A: JPA menyokong penuh penekanan terhadap reformasi institusi, integriti, serta tadbir urus berteraskan ketelusan dan akauntabiliti.

Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#integriti
#JPA
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan