awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPAM tubuh APM Laut, tingkatkan keselamatan perairan

Bernama
Bernama
23/08/2016
23:29 MYT
JPAM tubuh APM Laut, tingkatkan keselamatan perairan
Penubuhan APM Laut yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara daripada jenayah penyeludupan dan lanun.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menubuhkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Laut pada 1 September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. Beliau berkata penubuhan APM Laut yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara daripada jenayah penyeludupan dan lanun itu, selaras dengan pertukaran nama JPAM kepada APM pada 1 September ini.
"Saya menyasarkan penyertaan lebih 1,000 anggota dalam APM Laut ini di seluruh negara menjelang hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran logo dan pelantikan pegawai bersekutu 'CDERT-Better Nation' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Selasa. Beliau berkata pada peringkat permulaan, fokus keanggotaan APM Laut adalah golongan nelayan yang akan turut menjalankan tugas membersihkan pulau, selain menjaga keselamatan perairan negara. "Mereka akan diberi ilmu ketenteraan, keselamatan dan kesukarelawanan. Buat masa sekarang, ada dua bot terpakai untuk mereka menjalani latihan berkenaan," katanya.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam merangkap Ketua Pengarah APM Datuk Ogu Salim Omar.
Seramai 26 penerima watikah pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu Pertahanan antaranya daripada Risda Security, Sapura dan Seri Pertiwi.
Sementara, 60 anggota Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT)-Better Nation ditubuhkan di peringkat komuniti bagi mencari penyelesaian berkenaan isu keselamatan di tempat kerja.
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Malaysia
#APM
#Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
#JPAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan