awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPDP siasat kebocoran data pemohon UiTM

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2023
12:12 MYT
JPDP siasat kebocoran data pemohon UiTM
JPDP telah menghubungi UiTM bagi mendapatkan maklum balas dan status pemilikan data yang terlibat. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menyiasat insiden ketirisan data peribadi pemohon Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ketua Pengarahnya, Profesor Dr Mohd Nazri Kama berkata, JPDP telah menghubungi UiTM bagi mendapatkan maklum balas dan status pemilikan data yang terlibat.
Menurut beliau, jabatan itu turut bekerjasama dengan pihak CyberSecurity untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
"Saya menggesa agar semua pengguna data untuk mematuhi prinsip, peraturan dan Standard Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pengguna data diingatkan agar lebih teliti dan berhati-hati ketika memproses data peribadi bagi mengelakkan berlakunya insiden ketirisan data peribadi akibat kecuaian.
Pada Selasa, UiTM memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.
Menerusi akaun Twitter rasminya, UiTM mengesahkan bahawa pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan emel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemas kini telah dilakukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UiTM
#JPDP
#kebocoran data
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan