awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ komited perkukuh keselamatan jalan raya berlandaskan maqasid syariah

Bernama
Bernama
16/08/2025
04:15 MYT
JPJ komited perkukuh keselamatan jalan raya berlandaskan maqasid syariah
Aedy Fadly berkata perkara itu selaras dengan amanat Perdana Menteri yang menekankan keperluan setiap dasar dan tindakan kerajaan dalam memberi manfaat, melindungi nyawa dan memastikan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) komited memperkukuh keselamatan jalan raya berlandaskan pendekatan maqasid syariah dalam program advokasi, operasi khas, serta kempen berkaitan demi menjaga kemaslahatan rakyat selaras dengan tuntutan agama dan nilai kemanusiaan sejagat.

Ringkasan AI
  • JPJ melaksanakan program advokasi, operasi khas dan kempen keselamatan jalan raya berasaskan prinsip maqasid syariah untuk menjaga nyawa dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan amanat Perdana Menteri dalam MAPPA XX.
  • Tindakan penguatkuasaan seperti pemakaian tali pinggang keledar dan operasi khas seperti Ops Khas Motosikal dan PEWA dilaksanakan berlandaskan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kerugian aset.
  • JPJ menekankan integriti undang-undang jalan raya dan keselamatan pengguna sebagai tanggungjawab utama melalui pendekatan yang menyentuh nilai kemanusiaan dan tuntutan agama.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu selaras dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) yang menekankan keperluan setiap dasar dan tindakan kerajaan dalam memberi manfaat, melindungi nyawa dan memastikan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai tindakan advokasi dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya melalui kempen keselamatan jalan raya dan aktiviti penguatkuasaan yang menyentuh aspek pemeliharaan nyawa yang mampan berlandaskan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta kaedah di bawahnya.
"Penguatkuasaan seperti pemakaian tali pinggang keledar melibatkan penumpang dan pemandu bas di Malaysia bermula 1 Julai lepas antara yang bertepatan dengan prinsip maqasid syariah iaitu memelihara nyawa.
"Tindakan tegas penguatkuasaan seperti penahan, kompaun atau sitaan kenderaan melalui pelbagai operasi seperti Ops Khas Motosikal, Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Khas Kenderaan Perdagangan, mencerminkan bahawa JPJ bukan sahaja serius dalam usaha mengangkat integriti undang-undang jalan raya ke tahap tertinggi, malah konsisten untuk mengurangkan peratus kadar kemalangan yang berpotensi mengakibatkan kerugian serta kerosakan aset individu mahupun negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Anwar Ibrahim
#Maqasid Syariah
#Aedy Fadly Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan