KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan khususnya melibatkan lori membawa muatan pasir bermula minggu depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Aedy Fadli Ramli berkata operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan yang membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lepas sehingga mengorbankan dua nyawa.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"Operasi khas itu akan diketuai oleh pengarah-pengarah JPJ setiap negeri...Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah untuk memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar malam tadi.
Dalam kemalangan yang berlaku pada 10.15 pagi Rabu lepas, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera selepas sebuah treler muatan batu pasir merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.
Beliau berkata laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan berkaitan kemalangan itu dijangka akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, katanya perincian laporan itu tidak boleh didedahkan dan siasatan mendalam berhubung kemalangan itu sedang dijalankan oleh JPJ selaras dengan arahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
"Kami baru sahaja terima laporan itu daripada Polis Diraja Malaysia dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Aedy Fadli (foto) berkata operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan yang membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lepas sehingga mengorbankan dua nyawa. -Bernama

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, JPJ tidak teragak-agak ambil tindakan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu menggunakan kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam.

Tiga ditahan halang tugas, ugut anggota penguat kuasa JPJ
Kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan dan arahan lanjut oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'A__A' sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

JPJ tidak kompromi banteras lumba haram - Aedy Fadly
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram khususnya melibatkan kumpulan mat rempit, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

JPJ bakal umum garis panduan, SOP baharu kenderaan berat
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu membabitkan kenderaan perdagangan serta perkhidmatan awam pada Mei ini.

Kebakaran gas Putra Heights: Mangsa boleh hadir mana-mana pejabat JPJ ganti dokumen
Mangsa boleh hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusan penggantian dokumen berkaitan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

JPJ perjelas tidak sita Lamborghini Aventador milik warga China, hanya saman
JPJ menjelaskan kereta Lamborghini Aventador yang dipandu lelaki warga China tanpa lesen tidak disita seperti yang dilaporkan.

JPJ keluar 61,317 notis kesalahan sepanjang operasi khas HRA 2025
Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) tahun ini.

JPJ sita Lamborghini Aventador dipandu warga China tanpa lesen
Lelaki pencipta kandungan media sosial itu dilaporkan memandu kereta itu pulang ke rumah di Damansara Heights bersama teman wanitanya.

JPJ Kelantan keluarkan 2,941 notis saman semasa Ops HRA 2025
Sebanyak 2,941 notis saman melibatkan 1,759 kenderaan dikeluarkan JPJ Kelantan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op HRA 2025 sejak 24 Mac lepas.