awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab

Bernama
Bernama
01/01/2026
15:15 MYT
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Dr Zulkifli berkata semua penggiat seni, penerbit, pengkarya dan pihak berkaitan perlu mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua). - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius penularan lirik lagu berunsur lucah, tidak senonoh serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat khususnya yang memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.

Ringkasan AI
  • Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serius tentang penularan lirik lagu berunsur lucah yang memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.
  • Dr Zulkifli Hasan menegaskan pentingnya penggiat seni mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam untuk mengelakkan lirik yang bertentangan dengan nilai akhlak dan adab masyarakat.
  • Beliau menekankan bahawa hiburan seharusnya mendidik, menenangkan jiwa, dan memperkukuh akhlak, serta mengingatkan umat Islam untuk menjaga kesucian lidah, pendengaran, dan hati.

Menteri berkenaan Dr Zulkifli Hasan berkata semua penggiat seni, penerbit, pengkarya dan pihak berkaitan perlu mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada Februari 2015.
"Garis panduan ini dengan jelas menetapkan bahawa lirik hiburan hendaklah bebas daripada unsur lucah, maksiat, penghinaan, manipulasi kalimah suci Islam serta perkara yang bercanggah dengan syarak dan nilai kemanusiaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Islam menuntut umatnya supaya menjaga kesucian lidah, pendengaran serta hati manakala ajaran agama mengingatkan agar setiap perkataan yang diucapkan membawa kebaikan selain tidak merosakkan maruah dan akhlak insan.
"Islam meraikan karya seni dan keindahan tetapi seharusnya ia menjadi wasilah mendidik, menenangkan jiwa dan menyebarkan nilai murni bukan sebaliknya," kata beliau sambil menambah bahawa hiburan yang baik ialah hiburan yang membina jiwa serta memperkukuh akhlak dan bukannya yang melalaikan atau merosakkan.
Zulkifli juga berharap agar teguran itu diterima dengan hati yang terbuka demi kebaikan bersama dan kesejahteraan masyarakat.
Beliau merujuk kepada lagu baharu seorang artis wanita tempatan yang dikatakan mempunyai lirik berunsur lucah dan tidak bersesuaian sehingga mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fatwa
#hiburan
#generasi muda
#artis tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan