KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Op Khas Hari Raya Aidiladha mulai hari ini hingga Rabu depan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata dalam operasi itu, pihaknya memberi lebih fokus kepada pemandu bas ekspres dan penguatkuasaan terhadap sembilan kesalahan utama antaranya memandu laju, tidak menggunakan tali pinggang keledar serta membawa muatan berbahaya.
"Pemantauan terhadap pemandu bas ekspres akan dilakukan di 28 terminal bas utama di seluruh negara melalui kaedah penyamaran sebagai penumpang dan pemantauan di lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya," katanya pada sidang media operasi itu di Plaza Tol Sungai Besi malam ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh operasi itu juga, JPJ akan menyita kenderaan dipandu oleh individu yang tidak memiliki lesen memandu atau lesen memandu mereka telah tamat tempoh.
"Kenderaan yang telah tamat cukai jalan juga akan disita dalam op ini," katanya.
Aedy Fadly juga menyeru orang ramai agar melaporkan sebarang kesalahan jalan raya melalui aplikasi JPJ [email protected] yang dilancarkan pada April lepas.
Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan semasa pulang ke kampung supaya selamat sampai ke destinasi.
Mengulas operasi di Plaza Tol Sungai Besi, Aedy Fadly berkata setakat 10 malam, sebanyak 330 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dan sembilan kenderaan melibatkan lima motosikal manakala empat kereta disita kerana cukai jalan tamat tempoh serta pemandu tidak memiliki lesen.
"Dalam operasi ini juga, dua lelaki berusia 30-an ditahan kerana positif dadah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Op Khas Hari Raya Aidiladha mulai hari ini hingga Rabu depan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu. - Gambar fail/BERNAMA
![[INFOGRAFIK] KDNK Malaysia berkembang pada suku tahun kedua 2022 [INFOGRAFIK] KDNK Malaysia berkembang pada suku tahun kedua 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982344/19872908521660308697167_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] KDNK Malaysia berkembang pada suku tahun kedua 2022
![[INFOGRAFIK] Perbandingan harga petrol, minyak masak dana yam mengikut negara [INFOGRAFIK] Perbandingan harga petrol, minyak masak dana yam mengikut negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982343/19872908511660308676402_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Perbandingan harga petrol, minyak masak dana yam mengikut negara
![[INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Pendapat Mengenai Langkah Diambil Kerajaan [INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Pendapat Mengenai Langkah Diambil Kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982342/19872908501660308654197_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Pendapat Mengenai Langkah Diambil Kerajaan
![[INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Siapa Yang Rasa Kesannya? [INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Siapa Yang Rasa Kesannya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982341/19872908491660308609972_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Siapa Yang Rasa Kesannya?
![[INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Kesan Kepada B40 & M40 [INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Kesan Kepada B40 & M40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982340/19872908481660308568754_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kenaikan Harga Barang: Kesan Kepada B40 & M40

AWANI Ringkas: Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit ditutup tinggi bagi hari keempat hari berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4435/4455 berbanding dolar AS daripada 4.4445/4460 semasa penutupan pada Khamis.

Meniti Titian Hidup | Impak kenaikan kos sara hidup
Bagi mengulas lanjut kita bersama Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Yusof Saari bagi perinciannya.

Kes saman RM1.9 juta: Najib bantah dua peguam wakili Tommy Thomas
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membantah pelantikan dua peguam untuk mewakili Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara itu.

PuriCare | LG lancar penulen air tanpa tangki layan diri
Syarikat pengeluar perkakasan elektronik terkemuka di Malaysia, LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan produk terbaharunya penulen air tanpa tangki layan diri, LG PuriCare bagi memantapkan barisan produk jenamanya di pasaran. Berkonsepkan servis layan diri secara menyeluruh, LG PuriCare dilengkapi fungsi sterilisasi automatik, pengganti penapis mudah, langganan penapis dan Sistem Penapis Puri Empat Peringkat.

Puspakom sedia bekerjasama semak semula kaedah pemeriksaan kenderaan berat
Ia bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan tersebut semasa berada di jalan raya.

JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.

Op Lejang: JPJ Perak keluar 706 saman, sita 17 motosikal
Operasi bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan menunggang secara merbahaya yang menjadi punca kemalangan dan kematian

Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).

'Mat rempit' bakal berdepan dengan hukuman lebih berat - JPJ
JPJ juga mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang tahu kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan kumpulan tersebut untuk melakukan aktiviti lumba haram.

Tarik lesen pemilik bengkel buat ubah suai haram - Pakar
Beliau mengakui kegiatan pengubahsuaian berlebihan itu sukar dikesan penguat kuasa berikutan lokasi premis kebiasaannya adalah di kawasan tersorok.

Ops Rentas Sempadan: 968 kenderaan dikenakan tindakan - JPJ
Sebanyak 968 daripada 1,070 kenderaan yang diperiksa dalam Operasi Khas Rentas Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, dikenakan tindakan.

23 kenderaan dipandu warga asing disita JPJ
JPJ juga mengenal pasti kebanyakan kenderaan yang dibawa oleh warga asing adalah milik warganegara Malaysia sendiri.

Tawaran pengurangan saman PDRM, JPJ melalui WhatsApp adalah palsu - SUPM
Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan.