awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan

Bernama
Bernama
16/01/2025
02:40 MYT
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
Muhammad Firdaus (tengah) memeriksa pengguna jalan raya ketika mengetuai Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam. - Foto BERNAMA
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam, di sini malam tadi.
Pengarah JPJ negeri Muhammad Firdaus Shariff berkata jumlah itu membabitkan 263 kenderaan diambil tindakan daripada keseluruhan 4,075 kenderaan diperiksa.
"Kesalahan tertinggi direkodkan membabitkan 103 kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh, lesen memandu tamat tempoh (68), kesalahan teknikal (48) dan lain-lain kesalahan (56) kes.
"Selain itu enam pemandu warga asing (PeWA) membabitkan dua warga Bangladesh, masing-masing satu warga Indonesia, Pakistan, Vietnam dan Thailand turut ditahan atas kesalahan LKM dan insurans serta lesen memandu tamat tempoh," katanya kepada pemberita.
Terdahulu beliau mengetuai Operasi Bersepadu Khas bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang melibatkan 72 anggota selama empat jam berakhir pukul 12 tengah malam.
Dalam itu Muhammad Firdaus berkata pada operasi sama Jabatan Imigresen turut menahan tiga lelaki iaitu warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia masing-masing berumur 20 hingga 40-an daripada keseluruhan 29 warga asing yang diperiksa.
"Kesemua mereka ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#notis
#kesalahan trafik
#LKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan