IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri 'AMY' sepanjang lima hari dibuka untuk bidaan.
Pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan berkata bidaan yang dibuka melalui sistem JPJeBID bermula 9 April lepas itu melangkaui plat 'AMG' sebelum ini.
"Jika plat 'AMG' khusus kepada peminat kereta Mercedes-Benz AMG namun plat 'AMY' jauh mengatasi kutipan kerana hampir semua nombor popular telah dibida.
"Jumlah harga bidaan tertinggi ialah RM400,000 untuk 'AMY 1' manakala bagi plat 'AMY 2 - 9' mencecah sehingga RM80,000 bagi setiap nombor terbabit malah setakat ini hanya ada sekitar 16 lagi plat berbaki bagi nombor popular yang masih belum terjual," katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Aidilfitri 2023 oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak (MKJR) dan JPJ Perak di Mydin Mall Meru Raya di sini hari ini.
Kempen itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perak dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi MKJR Negeri Perak Datuk Nor Sham Rahman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Hamdan Ali.
Beliau berkata nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan JPJ negeri atau cawangan.
Beliau turut memaklumkan, baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada orang awam mengikut harga minimum ditetapkan.
Mohammad Yusoff berkata sebanyak tiga juta pengguna kenderaan sudah mendaftar melalui aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan awal Februari lepas seluruh negara.
"Saya galakkan dan berharap lebih ramai masyarakat akan memanfaatkan MyJPJ bagi memudahkan mereka.
"MyJPJ ini merupakan usaha pendigitalan yang dilakukan kumpulan teknologi maklumat JPJ dan setakat ini ia berjalan lancar malah saya menyeru orang ramai memuat turun aplikasi ini bagi memudahkan urusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Bidaan yang dibuka melalui sistem JPJeBID bermula 9 April lepas itu melangkaui plat 'AMG' sebelum ini. - Facebook JPJ PERAK
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Bidaan nombor plat 'EV' untuk kenderaan ZEV dibuka hari ini
Loke berkata keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat 10 malam pada 13 Sept.
Bersaing dengan 'scalper', Sharnaaz Ahmad luah rasa tidak puas hati
Pelakon itu tidak puas hati apabila scalper terus menjual nombor dengan harga yang jauh lebih tinggi tidak lama selepas memenanginya.
JPJ Perak kutip RM6 juta bidaan plat 'AMY'
Bidaan yang dibuka melalui sistem JPJeBID bermula 9 April lepas itu melangkaui plat 'AMG' sebelum ini.