awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ sasar 80,000 remaja peroleh lesen motosikal B2 My Lesen

Bernama
Bernama
09/04/2016
23:58 MYT
JPJ sasar 80,000 remaja peroleh lesen motosikal B2 My Lesen
Program itu diperkenalkan tahun lepas bagi membolehkan remaja berusia 16 tahun ke atas memperoleh lesen B2 yang sah selain memberi kesedaran kepada mereka tentang keselamatan jalan raya. - Gambar fail
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kira-kira 80,000 remaja bakal memiliki lesen menunggang motosikal kelas B2 menerusi Program My Lesen tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Arifin Che Mat berkata tahun lepas, seramai 60,000 remaja memperoleh lesen itu menerusi program sama.
"Kebanyakan remaja termasuk pelajar sekolah menunggang motosikal tanpa lesen. Kesan dan risiko amat besar kepada mereka jika berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutup Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie. Pada program itu, seramai 102 calon wanita dan 32 calon lelaki berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen B2.
Program itu diperkenalkan tahun lepas bagi membolehkan remaja berusia 16 tahun ke atas memperoleh lesen B2 yang sah selain memberi kesedaran kepada mereka tentang keselamatan jalan raya.
Dalam pada itu, Arifin berkata seramai 88,194 calon memperoleh lesen B2 menerusi Program SKSJ di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2009.
Di PARIT, seramai 16,000 Orang Asli dan warga emas di seluruh negara negara disasar memperoleh lesen B2 di bawah program SKSJ itu, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Yusof Ayob.
"Menerusi program ini, warga emas dan masyarakat Orang Asli berumur 21 tahun ke atas dibantu mendapatkan lesen motosikal bagi mempermudahkan pergerakan mereka untuk kegunaan harian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Parit di sini, pada Sabtu.
Pada majlis itu, seramai 238 calon terdiri daripada 92 lelaki dan 146 wanita mendapat lesen motosikal masing-masing.
Yusof berkata di Perak, sebanyak 10,262 orang memperoleh lesen motosikal menerusi program SKSJ itu, dengan calon SKSJ dikenakan bayaran minimum RM170 berbanding kos sebenar RM350.
Topic Berkaitan
#Arifin Che Mat
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#Program My Lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan