awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nuh Travel bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah
Polis minta bantuan orang ramai kesan pengasuh kanak-kanak hilang di Rompin
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tahan, dakwa 512 'ulat teksi' babitkan denda RM991,100 sejak 2011

Bernama
Bernama
26/10/2016
08:43 MYT
JPJ tahan, dakwa 512 'ulat teksi' babitkan denda RM991,100 sejak 2011
Selain mencemarkan imej negara, aktiviti ulat teksi mengundang risiko seperti ditipu, dirompak, disamun atau dirogol. - Gambar fail
Sebanyak 512 'ulat teksi' ditangkap dan didakwa kerana beroperasi secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak 2011 sehingga hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron berkata mereka didakwa mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 melibatkan denda berjumlah RM991,100.
Jumlah tersebut, katanya, merangkumi 85 tangkapan yang dibuat dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dengan Oktober mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 18 tangkapan.
"Pada operasi yang dijalankan pada 8, 9, 21 dan 22 Okt ini sahaja, JPJ menahan 18 individu yang mengambil penumpang secara haram, di mana enam daripadanya melibatkan kenderaan jenis Uber serta Grab Car," katanya pada sidang media di KLIA di sini hari ini.
Beliau berkata tangkapan dan dakwaan ke atas 18 individu tersebut membabitkan kutipan denda berjumlah RM48,000.
Nadzri berkata anggota JPJ turut ditempatkan di semua lapangan terbang selain KLIA dan klia2 untuk membanteras kegiatan 'ulat teksi' antaranya melalui penyamaran.
Selain mencemarkan imej negara, aktiviti ulat teksi mengundang risiko seperti ditipu, dirompak, disamun atau dirogol, katanya.
"Kenderaan peribadi ini tentunya tidak berdaftar dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) menjadikan mereka sukar dipantau serta dikesan jika melakukan kesalahan, tindakan juga sukar diambil seperti membatalkan permit yang dikenakan kepada teksi berdaftar," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#KLIA
#KLIA2
#Nadzri Siron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan